Penempatan Kampung Orang Asli di Penchorong berdekatan dengan Tasek Bera di Pahang.
Peralatan Yang Diperlukan:
1. N150 Heavy Duty Battery = RM900
2. Stainless Steel Water Tank@Tangki Air 2000 LITER = RM2500
3. Kos pemasangan paip ke rumah orang kampung = RM1500
Jumlah keseluruhan = RM4900
https://toyyibpay.com/Sistem-Waqaf-Perigi-Orang-Asli
Jumlah keseluruhan penduduk di sini dianggarkan dalam 27 keluarga dan suku kaum yang terbesar di sini adalah dari suku kaum Jakun diikuti Semelai, Temuan dan suku etnik orang asli yang lain.
Bagi keluarga Islam yang dikenal pasti seramai 7 keluarga dan anggaran bilangan yang menganut islam adalah lebih kurang 25-30 orang. Keadaan di sini amat daif sekali dengan tidak ada kemudahan asas.
Penduduk di situ tiada kemudahan air dan elekrtik. Sumber air hanya bergantung sepenuhnya air bawah tanah dan paya berdekatan perkampungan mereka. Pihak kami telah mengorek air bawah tanah sedalam 60 kaki dan mesin mengepam kami guna sistem solar yang berada di dalam kawasan surau, malangnya bateri yang sedia ada tidak dapat berfungsi dengan baik.
Disamping itu kami bercadang air yang dipam dan disimpan dalam tangki steel still agar dapat disalurkan ke rumah- rumah berdekatan.
Memberi kemudahan asas iaitu air kepada penduduk Kampung Orang Asli Penchorong dan pengguna Surau An Nur.
Kerjasama ini adalah diantara *Pertubuhan Amal An Nur Bera (Ustaz Ahmad Aiman B. Ishak) & Pertubuhan Fitrah Ummah.*
Jom menyumbang RM10 setiap orang bagi membantu usaha menyediakan sumber air bersih buat mereka.
Untuk menyumbang, sila klik link berikut:
https://toyyibpay.com/Sistem-Waqaf-Perigi-Orang-Asli