Posted on

Laporan Program Sedeqah – September 2022

Alhamdulillah, Program Sedeqah Jumaat pada bulan September telah dilaksanakan di lokasi lokasi seperti di bawah:

1. Tarikh : 2 September 2022
Lokasi : Masjid Hidayah & Masjid Jamek, Kg Sg Penchala

2. Tarikh : 02 September 2022
Tempat : Pasar Malam Jumaat, Merlimau Melaka

3. Tarikh : 24 September 2022
Tempat : Maahad Tahfiz Ummal Qura’, Sabak Bernam, Selangor.

4. Tarikh : 30 September2022
Tempat : Masjid Kampung Umbai & Masjid Kampung Sempang, Merlimau,Melaka

5. Tarikh : 30 September 2022
Tempat : Masjid Durian Guling, Marang, Terengganu.

Fitrah Ummah juga menaja susu dan syringe untuk adik Rayyan pada setiap bulan.

Untuk Program Waqaf Pendidikan, kami menaja sewa bulanan untuk 2 Madrasah berikut:
1. Madrasah Asuh Perak
2. Akademi Tahfiz Quran Raudhatul Hidayah, Sibu Sarawak

Terima kasih kepada para penyumbang yang menyokong program program kebajikan anjuran Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU).

Anda boleh terus menyumbang dan berkongsi rezeki untuk
diberikan kepada orang lain.

‘Together We Share’

 

Posted on

SUMBANGAN BOOBOQ GENIUS | 10 Sep 2021

Alhamdulillah hari ni, pihak Pertubuhan Fitrah Ummah menaja 40 kotak Booboq Genius Baby kepada Myanmar Refugees di Setapak, Kuala Lumpur.dan rumah anak yatim asnaf Titian Kasih di Taman Titiwangsa Kuala Lumpur.

Sumbangan ini juga dengan kerjasama Butik Mamayayazone Bangi dan Zabeaucare Bangi. Terima kasih atas kepada semua penyumbang. Dengan sumbangan semua dapat membantu kelengkapan bayi-bayi di pusat penjagaan ini.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Aamiin

“Together We Share”

Posted on

Program Sumbangan Makanan Untuk Fronliners | 4 Sep 2021 | Kota Samarahan

Tarikh : 4 September 2021

Tempat : Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 Rafflesia Unimas, Kota Samarahan dan PKPD Kg Baru Kota Samarahan.

Alhamdulillah semalam PFU telah berkerjasama dengan Nisa’ Sarawak untuk mengedarkan 50 pek Mee Kolok pada petugas barisan hadapan di PKRC Rafflesia UNIMAS & PKPD Kg. Baru di Kota Samarahan, Sarawak. Terima kasih kepada Nisa’ Sarawak kerana telah menguruskan program dari awal sehingga selesai.

Program ini tentunya tidak akan berjaya tanpa sumbangan daripada kalian para dermawan sekalian. Terima kasih kerana telah berkongsi rezeki bersama PFU. Semoga kalian dikurniakan kesihatan yang baik amin.

“Together We Share”

Posted on

BANTUAN ASAS MAKANAN & LAMPIN MODEN | 4 Sep 2021 | Kajang

Alhamdulillah, hari ni dapat turun padang memberi sumbangan kepada keluarga Puan Siti Maslinda. Merupakan ibu tunggal 3 orang anak.

Keluarga ini menetap di Sungai Sekamat Batu 13, Kajang Selangor.Alhamdulillah dengan kerjasama daripada Butik bayi Tateh HQ. Kami dapat membantu Puan ini lampin moden untuk kegunaan bayi beliau. Kerana ia lebih jimat dan mudah digunakan.

InsyaAllah pihak Pertubuhan Fitrah Ummah akan terus bekerjasama dengan Butik Bayi Tateh HQ. Untuk sumbangan keperluan bayi. Moga sumbangan anda dapat menggembirakan mereka yang memerlukan. Amanah anda telah kami sampaikan.

“Together We Share”

Posted on

SUMBANGAN SISTEM SOKONGAN MENGEPAM AIR BAWAH TANAH

Penempatan Kampung Orang Asli di Penchorong berdekatan dengan Tasek Bera di Pahang.

Peralatan Yang Diperlukan:
1. N150 Heavy Duty Battery = RM900
2. Stainless Steel Water Tank@Tangki Air 2000 LITER = RM2500
3. Kos pemasangan paip ke rumah orang kampung = RM1500
Jumlah keseluruhan = RM4900
https://toyyibpay.com/Sistem-Waqaf-Perigi-Orang-Asli

Jumlah keseluruhan penduduk di sini dianggarkan dalam 27 keluarga dan suku kaum yang terbesar di sini adalah dari suku kaum Jakun diikuti Semelai, Temuan dan suku etnik orang asli yang lain.

Bagi keluarga Islam yang dikenal pasti seramai 7 keluarga dan anggaran bilangan yang menganut islam adalah lebih kurang 25-30 orang. Keadaan di sini amat daif sekali dengan tidak ada kemudahan asas.

Penduduk di situ tiada kemudahan air dan elekrtik. Sumber air hanya bergantung sepenuhnya air bawah tanah dan paya berdekatan perkampungan mereka. Pihak kami telah mengorek air bawah tanah sedalam 60 kaki dan mesin mengepam kami guna sistem solar yang berada di dalam kawasan surau, malangnya bateri yang sedia ada tidak dapat berfungsi dengan baik.

Disamping itu kami bercadang air yang dipam dan disimpan dalam tangki steel still agar dapat disalurkan ke rumah- rumah berdekatan.

Memberi kemudahan asas iaitu air kepada penduduk Kampung Orang Asli Penchorong dan pengguna Surau An Nur.

Kerjasama ini adalah diantara *Pertubuhan Amal An Nur Bera (Ustaz Ahmad Aiman B. Ishak) & Pertubuhan Fitrah Ummah.*

Jom menyumbang RM10 setiap orang bagi membantu usaha menyediakan sumber air bersih buat mereka.

Untuk menyumbang, sila klik link berikut:
https://toyyibpay.com/Sistem-Waqaf-Perigi-Orang-Asli