Posted on

Laporan Program Sedeqah – September 2022

Alhamdulillah, Program Sedeqah Jumaat pada bulan September telah dilaksanakan di lokasi lokasi seperti di bawah:

1. Tarikh : 2 September 2022
Lokasi : Masjid Hidayah & Masjid Jamek, Kg Sg Penchala

2. Tarikh : 02 September 2022
Tempat : Pasar Malam Jumaat, Merlimau Melaka

3. Tarikh : 24 September 2022
Tempat : Maahad Tahfiz Ummal Qura’, Sabak Bernam, Selangor.

4. Tarikh : 30 September2022
Tempat : Masjid Kampung Umbai & Masjid Kampung Sempang, Merlimau,Melaka

5. Tarikh : 30 September 2022
Tempat : Masjid Durian Guling, Marang, Terengganu.

Fitrah Ummah juga menaja susu dan syringe untuk adik Rayyan pada setiap bulan.

Untuk Program Waqaf Pendidikan, kami menaja sewa bulanan untuk 2 Madrasah berikut:
1. Madrasah Asuh Perak
2. Akademi Tahfiz Quran Raudhatul Hidayah, Sibu Sarawak

Terima kasih kepada para penyumbang yang menyokong program program kebajikan anjuran Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU).

Anda boleh terus menyumbang dan berkongsi rezeki untuk
diberikan kepada orang lain.

‘Together We Share’

 

Posted on

PROGRAM SEDEKAH JUMAAT | 10 Sep 2021

Alhamdulillah, telah diedarkan 100 pek Nasi Ayam Dara ke Masjid Nurul Ehsan Setapak & Hospital Rehabilitasi Cheras pada hari jumaat 10 September 2021. Makanan telah disediakan dan dihantar oleh En Halim yang sudah lebih 10 tahun meniaga Nasi Ayam Dara. Terima kasih diucapkan kepada En Halim dari Sentul.

Terima kasih juga kepada semua penyumbang yang berkongsi rezeki. Semoga Allah bukakan segala pintu rezeki kalian semua. Amin.

Tarikh : 10 September 2021
Tempat :-
1. Masjid Nurul Ehsan, Setapak.
2. Hospital Rehabilitasi Cheras.

“Together We Share”

Posted on

SUMBANGAN BOOBOQ GENIUS | 10 Sep 2021

Alhamdulillah hari ni, pihak Pertubuhan Fitrah Ummah menaja 40 kotak Booboq Genius Baby kepada Myanmar Refugees di Setapak, Kuala Lumpur.dan rumah anak yatim asnaf Titian Kasih di Taman Titiwangsa Kuala Lumpur.

Sumbangan ini juga dengan kerjasama Butik Mamayayazone Bangi dan Zabeaucare Bangi. Terima kasih atas kepada semua penyumbang. Dengan sumbangan semua dapat membantu kelengkapan bayi-bayi di pusat penjagaan ini.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Aamiin

“Together We Share”

Posted on

Program Sumbangan Makanan Untuk Fronliners | 4 Sep 2021 | Kota Samarahan

Tarikh : 4 September 2021

Tempat : Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 Rafflesia Unimas, Kota Samarahan dan PKPD Kg Baru Kota Samarahan.

Alhamdulillah semalam PFU telah berkerjasama dengan Nisa’ Sarawak untuk mengedarkan 50 pek Mee Kolok pada petugas barisan hadapan di PKRC Rafflesia UNIMAS & PKPD Kg. Baru di Kota Samarahan, Sarawak. Terima kasih kepada Nisa’ Sarawak kerana telah menguruskan program dari awal sehingga selesai.

Program ini tentunya tidak akan berjaya tanpa sumbangan daripada kalian para dermawan sekalian. Terima kasih kerana telah berkongsi rezeki bersama PFU. Semoga kalian dikurniakan kesihatan yang baik amin.

“Together We Share”

Posted on

NAK BANYAKKAN SELAWAT KE ATAU ZIKIR?

Soalan: Benarkah selawat lebih tinggi daripada zikir?

Ringkasan Jawapan:

Selawat dan zikir adalah ibadah yang masyru’ (disyariatkan) oleh agama kita. Sebahagian ulama juga ada menyatakan bahawa selawat merupakan satu juzuk daripada zikir. Oleh sebab itu, Allah SWT menuntut kita untuk sentiasa berselawat ke atas junjungan Nabi SAW. Tambahan pula, ia merupakan wasilah atau jalan kita untuk mendapatkan cinta Allah SWT.

Huraian Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Selawat dan zikir keduanya merupakan tuntutan di dalam syarak kerana terdapat banyak dalil yang menyeru manusia agar sentiasa melaziminya. Sebelum kami menjawa berkaitan isu ini, suka bagi kami untuk menyatakan terlebih dahulu maksud selawat dan zikir agar kita dapat memahaminya dengan baik.

Selawat adalah perkataan jama’ bagi solat (الصلاة‎) yang bermaksud doa atau pujian. Tambahan pula, makna selawat Allah SWT, selawat para malaikat dan juga selawat manusia adalah berbeza di antara satu sama lain. Selawat Allah ialah pujian-Nya di sisi para malaikat yang tinggi. Manakala selawat malaikat pula ialah doa tambahan gandaan pahala dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

Zikir dari sudut bahasa bermaksud mengingati. Manakala dari sudut istilah pula, zikir merupakan sesuatu perkara yang dilakukan dengan tujuan mengingati Allah SWT dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan, perbuatan atau dengan hati.

Di dalam al-Quran, Allah SWT menyatakan dengan begitu jelas berkaitan tuntutan untuk kita sentiasa berselawat dan berzikir. Antaranya:

Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

al-Ahzab: 56

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Syeikh al-Maraghi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: Wahai orang beriman, doakanlah supaya Nabi SAW mendapat rahmat, muliakan Baginda walau dengan apa cara yang kamu mampu lakukan. Umpamanya mengikut Baginda secara baik atau mematuhi setiap arahannya. Begitu juga, dengan cara mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda dengan lidahmu. [Lihat: Tafsir al-Maraghi, 11/5511)]

Adapun ayat al-Quran berkaitan tuntuan berzikir adalah:

Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

al-Ahzab: 41

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! berzikirlah kamu kepada Allah dengan zikir yang banyak.”

Firman Allah SWT:
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

al-Insan: 25

Maksudnya: “Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar solat) pada waktu pagi dan petang.”

Terdapat banyak lagi ayat al-Quran berkaitan seruan agar kita sentiasa berzikir dengan mengingati Allah SWT. Di samping itu, di dalam hadith juga ada dinyatakan kelebihan atau tuntutan untuk kita sentiasa berselawat dan berzikir, antaranya:

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat.” [Riwayat al-Baihaqi (5995)][Imam al-Syaukani menilai sanad hadith ini adalah hasan]

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

Di sana juga terdapat banyak hadith berkaitan galakan berzikir ini seperti:

Daripada Abu Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ، مَثَلُ الحَيِّ وَالمَيِّتِ

Maksudnya: “Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dan orang yang tidak berzikir kepada Allah seperti orang yang hidup dan mati.” [Riwayat al-Bukhari (6407)]

Daripada Abu al-Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ، قَالَ مَكِّيٌّ: وَأَزْكَاهَا، عِنْدَ مَلِيكِكُمْ، وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِعْطَاءِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ، فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ ” قَالُوا: وَذَلِكَ مَا هُوَ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: ذِكْرُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ

Maksudnya: “Tidakkah kamu ingin aku tunjukkan kepada kamu akan sebaik-baik amalan? Kata Makki: Ia adalah sebaik-baik penyucian di sisi Tuhan kamu dan yang mengangkat darjat kamu dengan begitu tinggi. Dan ia lebih baik daripada kamu memberikan emas dan duit. Ia juga jauh lebih baik daripada kamu apabila berhadapan dengan musuh kamu dengan kamu memancung leher-leher mereka dan mereka memancung lehermu. Para sahabat berkata: Apakah perkara itu (kami ingin mengetahuinya) wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Zikir kepada Allah Azza Wa Jalla.” [Riwayat Ahmad (27102)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah sahih]

Berdasarkan kepada soalan di atas, kami berpandangan keduanya iaitu selawat dan zikir adalah disyariatkan oleh Allah SWT berdasarkan kepada nas al-Quran dan hadith Nabi SAW yang jelas dan di sana tidak ada dinyatakan dari sudut keutamaan di antara keduanya. Untuk itu, meninggalkan salah satu daripadanya adalah satu perbuatan yang sia-sia yang menyebabkan hilangnya kelebihan yang akan kita perolehi apabila melakukannya. Oleh sebab itu, kita dituntut untuk sentiasa melazimi keduanya pada setiap hari dengan memperbanyakkan selawat dan juga zikir kepada Allah kerana itu adalah yang terbaik agar kita mendapat kelebihan-kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW apabila melakukannya.

Penutup

Kesimpulannya, selawat dan zikir adalah ibadah yang masyru’ (disyariatkan) oleh agama kita. Sebahagian ulama juga ada menyatakan bahawa selawat merupakan satu juzuk daripada zikir. Oleh sebab itu, Allah SWT menuntut kita untuk sentiasa berselawat ke atas junjungan Nabi SAW. Tambahan pula, ia iaitu selawat merupakan wasilah atau jalan kita untuk mendapatkan cinta Allah SWT sebagaimana yang terdapat di dalam firman-Nya:

Firman Allah SWT:
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّـهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّـهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

ali-Imran: 31

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Di sana juga terdapat banyak kelebihan bagi orang yang melakukannya. Akhirnya, semoga Allah SWT menerima setiap amalan kita serta menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa berselawat ke atas Rasulullah SAW dan berzikir kepada-Nya. Amin.

Wallahua’lam.

Rujukan:
Irsyad Al Hadith Siri Ke 506.
Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Disunting oleh :
Ustaz Syahrul Nizam Talib.
Pegawai Syariah
Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU)

#PertubuhanFitrahUmmah #PFU #BacaanWajibHujungMinggu #BilaDahTahuTaklaKeliru ☺️