TERMA & SYARAT

BAGI IBADAH AQIQAH & QURBAN BERSAMA PERTUBUHAN FITRAH UMMAH (PFU)

Ini adalah urusan jual beli melalui AKAD BAI’ AS-SALAM,
dan dengan ini pihak Tuan/Puan telah membaca dan bersetuju dengan perincian dibawah ini:
  1. Saya/Kami selaku peserta yang menyertai pelaksanaan Ibadah Aqiqah/Qurban bersama Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) bersetuju dengan harga yang telah ditetapkan bagi penyertaan Ibadah Aqiqah/Qurban pada tahun ini.

  2. Saya/Kami menyerahkan urusan pelaksanaan Ibadah Aqiqah/Qurban ini kepada pihak Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) bagi menguruskan dengan cara paling baik dan bermanfaat kepada golongan sasaran yang bakal menerima daging Aqiqah/Qurban ini.

  3. Saya/Kami sedia akan maklum akan kos pengurusan yang diambil oleh pihak Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) dalam menguruskan urusan Ibadah Aqiqah/Qurban ini.

  4. Saya/Kami meyakini urusan dan gerak kerja pihak Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) dalam menguruskan Ibadah Aqiqah/Qurban bagi pihak saya/kami, Seandainya mereka tidak Amanah dan menyeleweng maka di dunia boleh terlepas akan tetapi di akhirat bertanggungjawablah di atas perbuatan anda.

  5. Jika berlaku masalah yang berlaku di luar kawalan pihak Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) sebagai contoh penyertaan saya/kami tercicir dari dilaksanakan, saya/kami terbuka untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah ini dengan baik agar semuanya berjalan lancar. Namun peserta berhak untuk membuat tuntutan pemulangan wang.

  6. Pihak Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) berhak untuk menguruskan dan membuat pemilihan Tempat/Negara berdasarkan kuota yang diperuntukan di setiap Negara.

  7. Segala maklumat yang diisi setelah proses pendaftaran dan bayaran selesai, adalah perlu disemak dan jika terdapat sebarang perubahan maklumat perlu dimaklumkan kepada Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) dalam tempoh 3 hari (Waktu Bekerja).

  8. Pihak Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) tidak bertanggungjawab diatas sebarang kesalahan ejaan dan maklumat pendaftar atau peserta serta yang berkaitan jenis Aqiqah/Qurban setelah tempoh pemakluman tidak dibuat mengikut waktu dan tarikh yang telah ditetapkan.

  9. Sekiranya peserta ingin membatalkan urusan jual beli setelah proses serahan dibuat kepada wakil kami atau lebih dari tempoh 36 jam selepas proses bayaran dibuat. Pihak Pertubuhan Fitrah Ummah berhak untuk tidak bertanggungjawab dan tiada pengembalian wang dibuat (Berdasarkan budi bicara).

  10. Proses pemulangan semula wang akan mengambil masa dalam tempoh 7-14 hari waktu bekerja (Setelah Proses Penelitian Lulus dan disahkan oleh bahagian kewangan).

  11. Serahan Sijil (Digital/Fizikal) akan diberikan kepada peserta dalam tempoh minimun 60 hari setelah selesai proses laporan Aqiqah/Qurban diterima dari wakil kami.

  12. Semakkan penerimaan sijil Aqiqah/Qurban boleh disemak dan dimaklumkan kepada kami andaikata masih belum menerima sijil (Digital/Fizikal) dan Pemakluman perlu tidak kurang dari 12 bulan/1 tahun dari Tarikh pelaksanaan.

  13. Saya/Kami mendoakan agar segala urusan yang telah dirancang dan bakal dijalankan akan berjalan dengan lancar. Paling utama Ibadah Aqiqah/Qurban terlaksana dan semoga Allah SWT menerima ibadah yang kita lakukan hanya kerana-Nya. In shaa Allah.