Tentang
Pertubuhan Fitrah Ummah

Together We Share

Together We Share

Sejarah Penubuhan

Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) atau nama penuhnya adalah Pertubuhan Fitrah Ummah Kuala Lumpur dan Selangor (PPM-004-14-22052020) telah sah didaftarkan secara rasmi pada 22 Mei 2020 bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Pertubuhan yang diketuai oleh Ustaz Mohd Faizal B. Eshak dan ahli jawatankuasa yang lain sebenarnya telah aktif menjalankan program-program kebajikan sejak tahun 2017 lagi.

Sehingga kini, PFU mempunyai enam (6) orang ahli pengurusan yang bertugas sepenuh masa bagi menjalankan program-program kebajikan yang telah dirancang. Objektif utama PFU adalah untuk memberi bantuan kepada tiga (3) bidang utama dalam menjalankan program kebajikan iaitu bidang pendidikan Al Quran, program untuk wanita dan kanak-kanak serta program barangan keperluan asas.

Harapan kami dari PFU adalah untuk memperbanyakkan lagi program-program kebajikan bagi membantu lebih ramai golongan sasaran yang telah ditetapkan agar semua dapat menikmati bantuan hasil sumbangan orang ramai secara konsisten.

VISI

Menjadi NGO yang dipercayai oleh masyarakat Malaysia dalam menjalankan program kebajikan di Malaysia dan Luar Negara untuk Umat Islam yang memerlukan bantuan.

 

MISI

  1. Membantu golongan yang susah dan memerlukan bantuan.
  2. Menjalankan ativiti berkaitan kesedaran membantu masyarakat yang kurang bernasib baik.
  3. Menggerakkan dan menguruskan mobilisasi tenaga sumber manusia sukarelawan dalam membantu masyarakat di Malaysia dan Luar Negara.
  4. Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan serba lengkap dari segi keperluan asas.
  5. Memastikan program kebajikan yang dijalankan tepat kepada kumpulan sasaran yang telah ditetapkan.

NILAI

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling bermanfaat kepada orang lainnya.” 

(Hadis Riwayat Ahmad)

CARTA ORGANISASI PERTUBUHAN FITRAH UMMAH (PFU)

 

USTAZ SYAHRUL NIZAM BIN TALIB
PENASIHAT SYARIAH

DATO’ MUHAMMAD AS SUHAIMI BIN HJ SHUHARDI
PENASIHAT PENTADBIRAN

PENGERUSI
MOHD FAIZAL B. ESHAK
Biro Ekonomi & Pembangunan

TIMBALAN PENGERUSI
NORHASIMAH BT. AHMAD SABRI
Biro Hubungan Korporat & Pemasaran

 

BENDAHARI
LAILA FARHANA BT. AWANG BAKAR
Biro Pentadbiran & Kewangan

AJK

AHMAD HISYAM B. AHDZAM
Biro Media Digital & Media Sosial

MUHAMMAD FARIS AIZAT B. MOHD AZALI
Biro Pembantu Am

 

MUHAMMAD ZULFADLI B. NAZIR
Biro Tugas Khas

MOHD AZIM B. MOHD AZIDIN
Biro Pentadbiran

KHIDMAT YANG DIURUSKAN OLEH
PERTUBUHAN FITRAH UMMAH