Posted on

Laporan Program Sedeqah – September 2022

Alhamdulillah, Program Sedeqah Jumaat pada bulan September telah dilaksanakan di lokasi lokasi seperti di bawah:

1. Tarikh : 2 September 2022
Lokasi : Masjid Hidayah & Masjid Jamek, Kg Sg Penchala

2. Tarikh : 02 September 2022
Tempat : Pasar Malam Jumaat, Merlimau Melaka

3. Tarikh : 24 September 2022
Tempat : Maahad Tahfiz Ummal Qura’, Sabak Bernam, Selangor.

4. Tarikh : 30 September2022
Tempat : Masjid Kampung Umbai & Masjid Kampung Sempang, Merlimau,Melaka

5. Tarikh : 30 September 2022
Tempat : Masjid Durian Guling, Marang, Terengganu.

Fitrah Ummah juga menaja susu dan syringe untuk adik Rayyan pada setiap bulan.

Untuk Program Waqaf Pendidikan, kami menaja sewa bulanan untuk 2 Madrasah berikut:
1. Madrasah Asuh Perak
2. Akademi Tahfiz Quran Raudhatul Hidayah, Sibu Sarawak

Terima kasih kepada para penyumbang yang menyokong program program kebajikan anjuran Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU).

Anda boleh terus menyumbang dan berkongsi rezeki untuk
diberikan kepada orang lain.

‘Together We Share’

 

Posted on

SUMBANGAN SISTEM SOKONGAN MENGEPAM AIR BAWAH TANAH

Penempatan Kampung Orang Asli di Penchorong berdekatan dengan Tasek Bera di Pahang.

Peralatan Yang Diperlukan:
1. N150 Heavy Duty Battery = RM900
2. Stainless Steel Water Tank@Tangki Air 2000 LITER = RM2500
3. Kos pemasangan paip ke rumah orang kampung = RM1500
Jumlah keseluruhan = RM4900
https://toyyibpay.com/Sistem-Waqaf-Perigi-Orang-Asli

Jumlah keseluruhan penduduk di sini dianggarkan dalam 27 keluarga dan suku kaum yang terbesar di sini adalah dari suku kaum Jakun diikuti Semelai, Temuan dan suku etnik orang asli yang lain.

Bagi keluarga Islam yang dikenal pasti seramai 7 keluarga dan anggaran bilangan yang menganut islam adalah lebih kurang 25-30 orang. Keadaan di sini amat daif sekali dengan tidak ada kemudahan asas.

Penduduk di situ tiada kemudahan air dan elekrtik. Sumber air hanya bergantung sepenuhnya air bawah tanah dan paya berdekatan perkampungan mereka. Pihak kami telah mengorek air bawah tanah sedalam 60 kaki dan mesin mengepam kami guna sistem solar yang berada di dalam kawasan surau, malangnya bateri yang sedia ada tidak dapat berfungsi dengan baik.

Disamping itu kami bercadang air yang dipam dan disimpan dalam tangki steel still agar dapat disalurkan ke rumah- rumah berdekatan.

Memberi kemudahan asas iaitu air kepada penduduk Kampung Orang Asli Penchorong dan pengguna Surau An Nur.

Kerjasama ini adalah diantara *Pertubuhan Amal An Nur Bera (Ustaz Ahmad Aiman B. Ishak) & Pertubuhan Fitrah Ummah.*

Jom menyumbang RM10 setiap orang bagi membantu usaha menyediakan sumber air bersih buat mereka.

Untuk menyumbang, sila klik link berikut:
https://toyyibpay.com/Sistem-Waqaf-Perigi-Orang-Asli

Posted on

Program Serahan Foodbank di 2 Rumah Anak Yatim | 12 Jun 2021

Alhamdulillah, hari ini Team Pertubuhan Fitrah Ummah bersama Team Nisa’ Kawasan Petaling Jaya telah menghantar Susu Tepung, Biskut Chanrakies, Bahan Bacaan Anak2 serta KFC ke dua buah rumah anak yatim di Petaling Jaya iaitu Rumah Kesayangan Rukhesa dan Rumah Sentuhan Budi di PJ.
Melihat senyuman di wajah mereka membuatkan team kami terharu. Semoga kalian yang telah menyumbang sentiasa dilapangkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Amin.

“Together We Share”

Posted on

Program Waqaf di Kemboja

Alhamdulilah, ini adalah masjid yang dibina hasil sumbangan jemaah Maqamul Amin bersama Pertubuhan Fitrah Ummah. Kami turut menyumbang untuk waqaf solar dan PA Sistem.

Paling utama adalah Waqaf Perigi yang mana perigi ini adalah satu-satunya perigi yang ada di kampung ini. Kampung Dey Thmey, Kratie, Kemboja.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam menguruskan amanah anda ini.

Semoga Allah SWT terima amalan waqaf kita sebagai saham akhirat kelak. Amin!