Alhamdulillah, seramai lebih daripada 200 keluarga di Selangor telah menerima sedikit bantuan barangan keperluan harian melalui program Nisa’ Small Kindness Covid-19. Program ini merupakan program anjuran Pertubuhan Nisa’ Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Fitrah Ummah. Antara barangan wajib yang diberikan kepada semua penerima adalah SEEKOR AYAM. Penerima adalah dalam kalangan asnaf, golongan yang terjejas akibat PKP 3.0 serta mereka yang diuji dengan Covid-19.
Semoga dengan sedikit sumbangan yang diberi mampu meringankan sedikit sebanyak bebanan mereka. Terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi berkongsi rezeki. Terima kasih juga kepada Nisa’ Selangor di atas kesudian berkolabrasi bersama kami.
“Together We Share”