Posted on

Program Sumbangan Makanan Untuk Fronliners | 4 Sep 2021 | Kota Samarahan

Tarikh : 4 September 2021

Tempat : Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 Rafflesia Unimas, Kota Samarahan dan PKPD Kg Baru Kota Samarahan.

Alhamdulillah semalam PFU telah berkerjasama dengan Nisa’ Sarawak untuk mengedarkan 50 pek Mee Kolok pada petugas barisan hadapan di PKRC Rafflesia UNIMAS & PKPD Kg. Baru di Kota Samarahan, Sarawak. Terima kasih kepada Nisa’ Sarawak kerana telah menguruskan program dari awal sehingga selesai.

Program ini tentunya tidak akan berjaya tanpa sumbangan daripada kalian para dermawan sekalian. Terima kasih kerana telah berkongsi rezeki bersama PFU. Semoga kalian dikurniakan kesihatan yang baik amin.

“Together We Share”

Posted on

Program Sedekah Ayam Kepada Rumah Perlindungan Nurhati, Ampang | 7 Ogos 2021

Alhamdulillah, sebentar tadi baru sahaja di sampaikan 20 ekor ayam mentah kepada penghuni Rumah Perlindungan Nurhati, Taman Rasmi Jaya, Ampang. Kami dimaklumkan oleh Ajk Nisa’ Ampang bahawa sebahagian daripada penghuni rumah tersebut sedang positif covid19 manakala selebihnya sedang dlm tempoh kuarantin. Mari kita sama-sama doakan kesembuhan kepada mereka semua.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Norazira yang merupakan ejen ayam bismi Ampang kerana telah menghantarkan ayam kepada mereka.. Juga kepada team Nisa’ Ampang yang memberikan maklumat serta mengatur penhantaran sumbangan sehingga selesai.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua penyumbang yang berkongsi rezeki bersama kami. Semoga dibukakan segala pintu rezeki buat kalian, amin.

“Together We Share”

Posted on

Sumbangan Makanan Kepada 10 Buah Keluarga Asnaf

Tarikh : 16 Julai 2021

Hari : Jumaat

“Alhamdulillah terima kasih Pertubuhan Fitrah Ummah kerana sudi membantu kami yang memerlukan keperluan asas dapur ini. Inilah respond daripada semua keluarga. Mereka juga mengucapkan terima kasih yang penuh penghargaan atas sumbangan keperluan asas dapur yang dihantar pada hari ini.

Walaupon sumbangan yang diberi hanya keperluan asas, tetapi alhamdulillah ianya mampu menggembirakan mereka. Terima kasih kepada semua penyumbang atas sumbangan yang diberikan.

Pada semua penyumbang, semoga Allah merahmati kalian sentiasa.. Barakallahu fikum..

“Together We Share”

Posted on

Sumbangan Makanan Kepada Frontliner di Klinik Kesihatan Kelana Jaya | 15 Julai 2021

“Ya Allah, harini rezeki kita dapat makanan.. Terima kasih sgt pada penyumbang” Respon petugas kesihatan dengan penuh excited di KKKJ apabila menerima 400 pax kuih hasil sumbangan kalian. Mereka juga mengucapkan terima kasih yang penuh penghargaan atas sumbangan kuih yang dihantar pada hari ini.

Walaupon sumbangan yang diberi kecil, tetapi alhamdulillah ianya mampu menggembirakan mereka. Terima kasih kepada Anisa Kuih kerana berkerjasama membuat dan menghantar kuih kepada petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Terima kaaih juga kepada Nisa’ kawasan petaling jaya kerana membantu untuk mengatur penghantaran makanan pada hari ini.

Pada semua penyumbang, semoga Allah merahmati kalian sentiasa.. Barakallahu fikum..

“Together We Share”

 

Posted on

Program Foodbank Sekitar Kampung Telok Panglima Garang, Selangor | 12 Julai 2021

Bantuan FoodBank
Sekitar Kampung Telok Panglima Garang, Selangor

Isnin, 12 Julai 2021

Alhamdulillah, kami bekerjasama bersama sahabat kami, Tuan Faris Badarudin dalam membantu ahli keluarga yang terkesan di waktu ini.

Mereka dikalangan keluarga yang tiada pendapatan atas sebab tiada kerja.

Terima kasih team #KantinRakyat yang sudi bekerjasama bersama Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) dalam menyampaikan sumbangan terus kepada mereka yang memerlukan.

Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang tidak putus-putus menyumbang kepada kami.

Sesungguhnya sumbangan anda rasa kecil (RM10) adalah sangat besar bagi mereka yang menerimanya.

Kami doakan agar anda dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan dunia & akhirat. Amin!

Ikhlas dari,
Ustaz Mohd Faizal Eshak
Pengerusi PFU