Assalamualaikum, Selamat Datang,
Sukarelawan Anda Untuk Urusan ini adalah
Cahaya Islam

KHAS UNTUK PESERTA IBADAH QURBAN 2024/ 1445H

Fitrah Ummah

Berpengalaman menguruskan
Ibadah Qurban Aqiqah selama 8 tahun sejak 2017

Laksanakan
Ibadah Aqiqah
bersama Kami

"Setiap bayi tergadai dengan AQIQAHnya, disembelihkan(kambing) untuknya pada hari ke-7, dicukur & diberi nama"

HR Abu Dawud, no 2838, at-Tirmidzi

Soalan & Jawapan
Ibadah Qurban

Korban ialah penyembelihan binatang yang dilakukan pada Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah (selepas solat) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu 11,12,13 Zulhijjah.
Korban hendaklah diniatkan sebagai ibadah kepada Allah swt dan tidak boleh atas tujuan lain. Korban ini mengikut sunnah sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim AS yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad SAW. “Maka dirikanlah solat kerana tuhanmu dan berkorbanlah.” – Surah Al Kawthar 108:2
Setiap orang yang sudah baligh.
Sunat muakkad – sunat yang sangat-sangat dituntut. Jika tidak laksanakan amatlah rugi. Rasulullah SAW bersabda “aku disuruh berkorban dan ia sunat bagi kamu” – riwayat At-Tarmizi.
Menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim AS – Mendekatkan diri kepada Allah dan mendidik jiwa ke arah taqwa. – Menghapus dosa & mengharap redho Allah – Mengikis sifat tamak & melahirkan sifat murah hati – Memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian sirat di akhirat kelak Rasulullah SAW bersabda “muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu meniti titian pada hari kiamat.”
Sabda Rasulullah SAW “Tiada dikerjakan oleh anak adam suatu amalan pada hari raya yang lebih digemari Allah Taala daripada menumpahkan darah iaitu menyembelih korban. Sesungguhnya korban itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya dan kuku kakinya dan bahawa darah (korban itu) jatuh ia daripada Allah pada suatu tempat dengan kemuliaan sebelum ia jatuh ke bumi. Maka sukakanlah diri kamu dengan korban itu” – riwayat At Tarmizi & Al Hakim.
Pada hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah dan diikuti dengan hari-hari Tasyrik pada 11,12,13 Zulhijjah.
Bukan sunat muakkad lagi hukumnya tetapi harus. Jika korban itu diwasiatkan maka wajib laksanakan. Jika korban tersebut untuk ibu bapa yang sudah meninggal juga diterima kerana amalan yang diniatkan oleh anak in sha allah sampai pada ibu bapa mereka.
Ibadah Korban ini dilakukan oleh seseorang untuk dirinya. Maka jika nak buat untuk anak sebaik-baiknya dimaklumkan kepada mereka agar mereka tahu mereka juga berkorban. Dalam masa yang sama kita mengajar mereka untuk melakukan pada masa akan datang.
Harus mewakilkan orang lain untuk menyembelih qurban dan memadai niat orang yang mewakilkan. Sheikh al-Islam berkata: “Walaupun wakil tidak mengetahui haiwan yang disembelihnya itu adalah haiwan qurban tidak mengapa”.
Harga bagi pelaksanaan Ibadah Korban : – Satu bahagian lembu RM320.00 – Satu ekor kambing RM550.00 – Satu ekor lembu RM2,240.00

Soal & Jawapan
Ibadah Aqiqah

Ibadah Aqiqah ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan (kambing) yang disembelih pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi. Sekiranya terlepas melaksanakannya pada hari ke-7, maka boleh juga disembelih pada hari ke-14. Jika tidak sempat juga, boleh dilaksanakan pada hari ke-21.
Hal ini berdasarkan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dalam kitab karangannya Sabil Al-Muhtadin.

Hukum melaksanakan Ibadah Aqiqah ialah SUNAT MU’AKKAD iaitu ibadah sunat yang sangat dituntut melakukannya berdasarkan pendapat yang kuat dalam Mazhab As-Syafie.

Hukum tidak melaksanakan Ibadah Aqiqah adalah MAKRUH. Jika ditinggalkan Ibadah Aqiqah itu kerana tidak mampu  maka tidak haram mahupun makruh.

Namun adalah satu kerugian besar sebagai hamba Allah SWT yang dikurniakan zuriat kepadanya tetapi tidak menzahirkan rasa syukur dengan beraqiqah sedangkan berapa ramai pasangan diluar sana menginginkan cahaya mata.

Ini kerana Ibadah Aqiqah merupakan suatu tanggungjawab kepada ibubapa untuk menunaikan hak terhadap anak yang dilahirkannya.

Ibadah Aqiqah adalah tanggungjawab wali iaitu ibubapa kepada anak tersebut. Jika sekiranya ibubapa telah meninggal dunia sebelum sempat mengaqiqahkan anaknya maka datuk, bapa saudara atau penjaga anak tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

Boleh. Sekiranya ibubapa kepada anak tersebut kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu maka pihak lain boleh mengaqiqahkan anaknya tetapi ia mestilah dimaklumkan kepada ibubapanya.

Hukumnya Harus apabila dalam keadaan ia berkemampuan (sudah mempunyai pendapatan sendiri).

  1. Menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT sempena kelahiran bayi.
  2. Menghebahkan berita tentang kelahiran anak supaya tidak timbul prasangka.
  3. Mensyukuri nikmat mendapat zuriat daripada darah daging sendiri.
  4. Menghindari bayi daripada terkena penyakit.
  5. Menghindari anak daripada gangguan syaitan.
  6. Mampu menyokong tumbesaran dan kecerdasan minda anak-anak.
  7. Menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW ketika menyambut kelahiran bayi.
  8. Menghindari amalan bida’ah seperti amalan yang tidak bertepatan dengan sunnah Nabi SAW.

Sunat menyembelih haiwan Ibadah Aqiqah dengan kambing dengan nisbah seperti berikut:

Anak lelaki aqiqahnya dengan 2 ekor kambing.

Anak perempuan aqiqahnya dengan 1 ekor kambing.

Boleh, tidak semestinya 2 ekor kambing dibuat dalam satu masa. Allah SWT tidak membebankan hambanya dengan ujian mengikut kadar kemampuan. Akan tetapi, jika sudah berkemampuan, hendaklah disempurnakan sembelihan Aqiqah tersebut pada masa yang lain.

Pertubuhan Fitrah Ummah Kuala Lumpur dan Selangor (PFM-004-14-22052020) telah ditubuhkan secara rasmi pada tarikh 22 Mei 2020 berdaftar bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Matlamat Pertubuhan Fitrah Ummah fokus kepada 3 aspek kebajikan yang diperjuangkan

Aspek 1 : Pendidikan Al Quran

Aspek 2 : Kebajikan Kekeluargaan, wanita dan kanak – kanak

Aspek 3 : Jaminan Kecukupan makanan asas 

Semoga semua yang menyokong usaha pertubuhan ini mendapat ganjaran dari Allah.

PERTUBUHAN FITRAH UMMAH
adalah Wakil Perundingan kepada
Lembaga Zakat Selangor, Majlis Agama Islam Selangor

Testimoni Peserta
Fitrah Ummah

Dr Aida Azmi
Dr Aida Azmi
1728227617
Alhamdulillah..servis terbaik tak sampai 24jam..tq Fitrah Ummah
afzie alfie
afzie alfie
1727017570
Masyaallah tabarakallah, terbaik, aqiqah anak saya dilaksanakan dengan baik dengan harga yang mampu, dibuat ditempat umat islam yang lebih memerlukan. Semoga ramai lagi umat islam yang akan menyertai.
husney hiz
husney hiz
1725421221
Pertubuhan ummah sangat bagus dalam melakukan kerja . Sentiasa update maklumat terkini dan boleh dipercayai 👍👍 terima kasih banyak2
Sangat2 berbaloii.. alhamdulillah
Rasydan Radin
Rasydan Radin
1723207870
Terima kasih kerana membantu Semoga Allah menerima semua amalan kita di dunia..Aaminn🤲
js_loader

Pertubuhan Fitrah Ummah
(PFM-004-14-22052020)