PROGRAM SEDEKAH JUMAAT | 27 Ogos 2021


Tarikh : 27 Ogos 2021

Tempat :
1. PPV Hospital Shah Alam
2. CAC Bandar Botanic Klang
3. Klinik Kesihatan Kajang
4. Hospital Seremban

Alhamdulillah, tengah hari tadi telah diedarkan 200 pek makanan kepada petugas barisan hadapan di PPV Hospital Shah Alam & CAC Bandar Botanik, Klang. Juga telah 200 pek kuih tepung pelita di Klinik Kesihatan Kajang & Hospital Seremban.

Sumbangan kepada CAC Bukit Bandar Botanik Klang & PPV SA telah disampaikan oleh Ust Yusof yang merupakan pengerusi Kota Raja Care. Manakala edaran kuih tepung kepada KK Kajang & Hospital Seremban telah dilaksanakan oleh Puan Syahirah Salim. Terima kasih diucapakan kepada Kota Raja Care & Puan Syahirah kerana membantu menyampaikan amanah penyumbang daripada PFU.

Sekalung penghargaan yang terutama kepada semua penyumbang PFU.. Semoga bukakan semua pintu rezeki buat kalian semua.. Amin.

“Together We Share”