Laporan Sedekah Jumaat | 3 Sep 2021 | Ampang

Jumaat, 3 Sept 2021

Alhamdulillah sahabat kami Al Fadhil Al Ustaz Saiful Maznan merupakan mutawwif haji/umrah.

Sekarang mengusahakan perniagaan Nasi Ayam Kunyit di Ampang untuk menampung kehidupan di musim Covid 19 dan tiada trip umrah atau haji.

Pihak PFU telah memanfaatkan sumbangan para dermawan dengan menaja sebanyak 100 pek nasi ayam kunyit ke dua buah rumah anak yatim di sekitar Ampang.

Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan Al Khairi, Kg Pandan – 50 pax.

Rumah Anak Yatim Nur Hati, Ampang – 50 pax

Alhamdulillah. Seronok melihat anak-anak yatim dapat merasai keenakan makanan ni.

Terima kasih kepada penyumbang. Moga Diberkati Allah harta kalian. Amiin.

“Together We Share”

#PertubuhanFitrahUmmah #PFU #SedekahJumaat