Alhamdulillah, pada 20 & 21 Julai 2021 bersamaan 10 & 11 Zulhijjah minggu lalu, PFU telah berkerjasama bersama Pertubuhan Nisa’ Selangor untuk mengedarkan 180 pek daging korban kepada penerima di Kapar, Klang, Kota Raja, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Kuala Langat.
Setiap kawasan menerima sekurang2nya 20 pek daging korban utk di edarkan. Terima kasih pihak PFU ucapkan kepada Nisa’ Selangor kerana membantu PFU memberi manfaat kepada lebih ramai orang menerima daging korban di kala ramai rakyat malaysia terjejas akibat pendemik covid 19.
In sha Allah, pada tahun2 yang akan datang, kami cuba utk memberi lebih ramai lain orang menerima daging korban daripada peserta korban malaysia PFU.
Tidak dilupakan ucapan Terima Kasih kepada semua peserta korban malaysia tahun 1442H atas kepercayaan yang diberikan kepada kami.
Ramai yang tersenyum menerima daging korban kalian. Semoga ibadah korban kita diterima oleh Allah s.w.t. Amin.
“Together We Share”