Sumbangan Kewangan kepada Puan Norehan

Tarikh : 16 Julai 2021

Hari : Jumaat

Alhamdulillah Pertubuhan dapat membantu Puan Norehan yang memerlukan bantuan kewangan. Kisahnya diviralkan oleh seorang hamba Allah menjual facemask dengan membawa anak kecil di tepi jalan. Pihak Pertubuhan Fitrah Ummah cuba dapatkan maklumat beliau.

Alhamdulillah setelah mendapatkan maklumat kami dapat membantu beliau dengan membeli 100 kotak facemask daripada Puan Norehan dan diedarkan kepada sebahagian kawasan penduduk rumah beliau. Terima kasih kepada semua penyumbang atas sumbangan yang diberikan. Beliau juga mengucapkan rasa syukur dan terharu atas bantuan diberikan.

Pada semua penyumbang, semoga Allah merahmati kalian sentiasa.. Barakallahu fikum..

“Together We Share”