Program Sedekah Jumaat Kepada Frontliners | 20 Ogos 2021

Pada hari jumaat yang lepas (20 Ogos 2021), telah disampaikan 300 pek makanan malam untuk petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh dan 100 pek makanan tengah hari untuk petugas barisan hadapan di Hospital Selayang. Makanan ke Hospital Sungai Buloh telah disediakan dan dihantar oleh Puan Shafiqah dan teamnya manakala makanan ke Hospital Selayang telah diuruskan oleh puan Nora Alia. Terima kasih kami ucapkan kepada Puan Shafiqah serta teamnya dan Puan Nora.

Pihak kami mendapat makluman bahawa Puan Shafiqah dan team meniaga makanan sebagai cara untuk menampung kos kehiduapan akibat pendapatan keluarga yang terjejas kerana diberhentikan kerja dan tidak dapat keluar bekerja. Berkenaan puan Nora, beliau maklumkan kepada kami bahawa hasil perniagaannya adalah untuk menampung kos rawatan ayah beliau. Mari kita sama2 doakan perniagaan mereka maju dan terus maju dalam kadar segera dan Allah permudahkan segala urusan mereka.. Amin..

Program sedekah jumaat ini bukan sahaja untuk memberi sumbangan makanan dan barangan keperluan asas kepada mereka yang sepatotnya, tetapi target kami adalah untuk membantu juga peniaga2 kecil yang ada 😊

Sekalung penghargaan kepada semua penyumbang yang tidak jemu berkongsi rezeki yang ada bersama kami. Barakallahu fikum.. Ingat, dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain.

 

Tarikh : 20 Ogos 2021
Tempat : Hospital Sungai Buloh & Hospital Selayang

“Together We Share”