1.Disunatkan kepada individu yang melakukan Ibadah Qurban supaya tidak menggunting atau mencukur rambut dan memotong kuku apabila masuknya 1 Zulhujjah dan berkekalan sehinggalah dia menyempurnakan penyembelihan Qurbannya.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Sesiapa memiliki binatang Qurban yang ingin disembelihnya, kemudian dia melihat anak bulan Zulhijjah, maka janganlah dia menggunting rambut dan memotong kukunya walaupun sedikit sehinggalah dia menyembelih Qurban terlebih dahulu.” (Riwayat Muslim)
Larangan menggunting rambut dan memotong kuku dalam hadis tersebut bukanlah larangan haram sebaliknya hanya larangan makruh.Hikmah di sebalik larangan itu supaya individu yang melaksanakan Ibadah Qurban dapat menyerupai orang yang sedang berihram haji iaitu penyamaan dari segi wajah kerana tidak bercukur rambut dan memotong kuku.
Imam Nawawi R.H: Supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan bebas dari api neraka.
2. Berpuasa sunat bermula 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah. 9 Zulhijjah adalah Hari Arafah yang mana sangat-sangat digalakkan kita berpuasa. Sabda Rasulullah SAW, “Puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun lalu dan tahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim)
3. Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT. (Tasbih, Tahmid, Takbir & Tahlil)
4. Melakukan amal soleh seperti membaca Al Quran, solat sunat, bersedekah dan lain-lain lagi.
“Together We Share’