TERMA & SYARAT
BAGI IBADAH AQIQAH/QURBAN/PEMBINAAN BERSAMA FITRAH UMMAH GLOBAL SERVICES
Ini adalah urusan jual beli melalui AKAD BAI’ AS-SALAM,
& dengan ini pihak Tuan/Puan telah membaca dan bersetuju dengan perincian dibawah ini:
- Saya/Kami selaku peserta yang menyertai pelaksanaan Aqiqah/Qurban/Pembinaan bersama pihak Fitrah Ummah Global Services bersetuju dengan harga yang telah ditetapkan bagi penyertaan Aqiqah/Qurban/Pembinaan pada tahun ini.
- Saya/Kami menyerahkan urusan pelaksanaan Aqiqah/Qurban/Pembinaan ini kepada pihak Fitrah Ummah Global Services bagi menguruskan dengan cara paling baik kepada golongan sasaran yang bakal menerima manfaatnya.
- Saya/Kami sedia akan maklum akan kos pengurusan yang diambil oleh pihak Fitrah Ummah Global Services dalam menguruskan urusan Ibadah Aqiqah/Qurban/Pembinaan ini.
- Saya/Kami meyakini urusan dan gerak kerja pihak Fitrah Ummah Global Services dalam menguruskan Aqiqah/Qurban/Pembinaan bagi pihak saya/kami. Seandainya mereka tidak amanah dan menyeleweng maka di dunia boleh terlepas akan tetapi di akhirat bertanggungjawablah di atas perbuatan anda.
- Jika berlaku masalah yang berlaku di luar kawalan pihak Fitrah Ummah Global Services sebagai contoh penyertaan saya/kami tercicir dari dilaksanakan, saya/kami terbuka untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah ini dengan baik agar semuanya berjalan lancar. Namun peserta berhak untuk membuat tuntutan pemulangan wang.
- Pihak Fitrah Ummah Global Services berhak untuk menguruskan dan membuat pemilihan Tempat/Negara berdasarkan kuota yang diperuntukan di setiap Negara.
- Segala maklumat yang diisi setelah proses pendaftaran dan bayaran selesai adalah perlu disemak dan jika terdapat sebarang perubahan maklumat perlu dimaklumkan kepada pihak Fitrah Ummah Global Services dalam tempoh 3 hari (waktu bekerja).
- Pihak Fitrah Ummah Global Services tidak bertanggungjawab diatas sebarang kesalahan ejaan dan maklumat pendaftar atau peserta serta yang berkaitan jenis Aqiqah/Qurban/Pembinaan setelah tempoh pemakluman tidak dibuat mengikut waktu dan tarikh yang telah ditetapkan.
- Sekiranya peserta ingin membatalkan urusan jual beli setelah proses serahan dibuat kepada wakil kami atau lebih dari tempoh 36 jam selepas proses bayaran dibuat. Pihak Fitrah Ummah Global Services berhak untuk tidak bertanggungjawab dan tiada pengembalian wang dibuat (berdasarkan budi bicara).
- Proses pemulangan semula wang akan mengambil masa dalam tempoh 7-14 hari waktu bekerja (setelah proses penelitian lulus dan disahkan oleh bahagian kewangan).
- Serahan Sijil (Digital/Fizikal) akan diberikan kepada peserta dalam tempoh minimun 60 hari setelah selesai proses laporan Aqiqah/Qurban/Pembinaan diterima dari wakil kami.
- Semakkan penerimaan sijil Aqiqah/Qurban/Pembinaan boleh disemak dan dimaklumkan kepada kami andaikata masih belum menerima sijil (Digital/Fizikal) dan pemakluman perlu tidak kurang dari 12 bulan/1 tahun dari tarikh pelaksanaan.
- Saya/Kami mendoakan agar segala urusan yang telah dirancang dan bakal dijalankan akan berjalan dengan lancar. Paling utama Aqiqah/Qurban/Pembinaan terlaksana dan semoga Allah SWT menerima ibadah yang kita lakukan hanya kerana-Nya. In shaa Allah.
