Soal & Jawapan
Ibadah Aqiqah

Ibadah Aqiqah ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan (kambing) yang disembelih pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi. Sekiranya terlepas melaksanakannya pada hari ke-7, maka boleh juga disembelih pada hari ke-14. Jika tidak sempat juga, boleh dilaksanakan pada hari ke-21.
Hal ini berdasarkan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dalam kitab karangannya Sabil Al-Muhtadin.

Hukum melaksanakan Ibadah Aqiqah ialah SUNAT MU’AKKAD iaitu ibadah sunat yang sangat dituntut melakukannya berdasarkan pendapat yang kuat dalam Mazhab As-Syafie.

Hukum tidak melaksanakan Ibadah Aqiqah adalah MAKRUH. Jika ditinggalkan Ibadah Aqiqah itu kerana tidak mampu  maka tidak haram mahupun makruh.

Namun adalah satu kerugian besar sebagai hamba Allah SWT yang dikurniakan zuriat kepadanya tetapi tidak menzahirkan rasa syukur dengan beraqiqah sedangkan berapa ramai pasangan diluar sana menginginkan cahaya mata.

Ini kerana Ibadah Aqiqah merupakan suatu tanggungjawab kepada ibubapa untuk menunaikan hak terhadap anak yang dilahirkannya.

Ibadah Aqiqah adalah tanggungjawab wali iaitu ibubapa kepada anak tersebut. Jika sekiranya ibubapa telah meninggal dunia sebelum sempat mengaqiqahkan anaknya maka datuk, bapa saudara atau penjaga anak tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

Boleh. Sekiranya ibubapa kepada anak tersebut kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu maka pihak lain boleh mengaqiqahkan anaknya tetapi ia mestilah dimaklumkan kepada ibubapanya.

Hukumnya Harus apabila dalam keadaan ia berkemampuan (sudah mempunyai pendapatan sendiri).

  1. Menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT sempena kelahiran bayi.
  2. Menghebahkan berita tentang kelahiran anak supaya tidak timbul prasangka.
  3. Mensyukuri nikmat mendapat zuriat daripada darah daging sendiri.
  4. Menghindari bayi daripada terkena penyakit.
  5. Menghindari anak daripada gangguan syaitan.
  6. Mampu menyokong tumbesaran dan kecerdasan minda anak-anak.
  7. Menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW ketika menyambut kelahiran bayi.
  8. Menghindari amalan bida’ah seperti amalan yang tidak bertepatan dengan sunnah Nabi SAW.

Sunat menyembelih haiwan Ibadah Aqiqah dengan kambing dengan nisbah seperti berikut:

Anak lelaki aqiqahnya dengan 2 ekor kambing.

Anak perempuan aqiqahnya dengan 1 ekor kambing.

Boleh, tidak semestinya 2 ekor kambing dibuat dalam satu masa. Allah SWT tidak membebankan hambanya dengan ujian mengikut kadar kemampuan. Akan tetapi, jika sudah berkemampuan, hendaklah disempurnakan sembelihan Aqiqah tersebut pada masa yang lain.

Boleh. Namun sunnahnya adalah mengikut saranan Nabi Muhammad SAW iaitu 2 ekor kambing.

Ibadah Aqiqah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi tersebut disamping memberikan nama yang baik dan juga mencukur rambut bayi tersebut.

Berdasarkan sabda Baginda SAW daripada Samurah RA: Masudnya : “Bayi itu tertebus dengan Aqiqahnya. Disembelih haiwan Aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”. Riwayat Abu Daud (1522)

Ibnu Majah menerangkan maksud “…terpelihara dengan Aqiqahnya..” pada mafhum hadis di atas adalah bahawa Aqiqah itu sebagai sebab yang akan melepaskan anak dari gangguan syaitan yang cuba menghalang anak tersebut daripada melakukan kebaikan.

Menurut Imam Ahmad Bin Hambal bahawa apabila seseorang anak itu meninggal dunia dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua ibubapanya di akhirat kelak.

Harus melaksanakan Ibadah Aqiqah untuk bayi yang telah meninggal dunia sama ada ia meninggal dalam kandungan (setelah melebihi tempoh 4 bulan) atau ia meninggal dunia sebelum sempat hidup pada hari ke-7 kelahiran, sebagai tanda syukur dikurniakan kesempatan memiliki zuriat walaupun hayatnya tidak panjang. Hukum melaksanakannya harus, tidak disunatkan sepertimana tuntutan sunat mu’akkad ke atas pelaksanaan Ibadah Aqiqah pada hari ke-7 kelahiran bayi.

Kedua-duanya boleh. Cuma kebiasaanya, kami akan menyembelih Ibadah Aqiqah dengan kambing jantan. Tambahan: Jantina haiwan bukanlah menjadi syarat samada Aqiqah itu sah atau tidak.

Saiz haiwan kambing mengikuti piawaian & syarat haiwan yang boleh diaqiqahkan iaitu:

Cukup usia bagi kambing ialah berumur 2 tahun.

Kambing biri-biri berusia 8 bulan hingga setahun@sudah bersalin gigi.

Tidak cacat & tidak berpenyakit

Aqiqah sunat dilaksanakan oleh individu yang wajib menanggung perbelanjaan atau nafkah mereka yang berada di bawah tanggungannya.

 Oleh itu urutannya ialah :

1.Bapa (Sekiranya masih ada)

2.Datuk atau Ibu (Sekiranya tiada bapa)

Nota : Sekiranya bayi tersebut ialah anak luar nikah maka aqiqahnya

disempurnakan oleh ibunya.

Ibadah Aqiqah sunat dilaksanakan oleh bapa atau penjaga sekiranya anak tersebut belum baligh. Sekiranya anak-anak sudah baligh maka mereka boleh melakukan ibadah aqiqah sendiri.

Seseorang boleh mengaqiqahkan dirinya sendiri selepas baligh apabila :

1.Yakin bahawa dirinya tidak pernah diaqiqahkan oleh ibubapa.

2.Tidak pasti samada dirinya pernah diaqiqahkan oleh ibubapa.

3.Menganut agama Islam selepas baligh. Disunatkan kepada mereka mengaqiqahkan diri sendiri kerana sudah pasti belum diaqiqahkan oleh ibubapa.

– Bermula waktu diharuskan laksanakan Ibadah Aqiqah apabila ibubapa telah dianugerahkan cahayamata.

– Sunat Muakkad iaitu sangat dituntut kepada ibubapa melakukan Ibadah Aqiqah pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi.

– Waktu sunatnya berterusan sehingga balighnya anak itu. Setelah baligh, bapanya tidak lagi dituntut melakukannya dan lebih baik anak melakukan Ibadah Aqiqah untuk dirinya sendiri.

Hadis Riwayat Abu Daud (1522) dan selainnya daripada Samrah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda bermaksud : “Bayi itu ditebus (tergantung) oleh aqiqahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, hari itu diberikan nama dan dicukur kepalanya”

 

Maksud “…ditebus oleh Aqiqahnya…” ialah pembesaran anak tersebut dalam keadaan baik dan penjagaannya sempurna tergantung pada sembelihan Aqiqah untuknya. Dinyatakan juga, ia bermakna anak tersebut tidak boleh memberi syafaat kepada ibu bapanya jika tidak disembelihkan Aqiqah untuknya.

Imam Ahmad bin Hanbal berkata : “Sekiranya anak yang dilahirkan tidak diakikahkan maka anak tersebut tidak dapat memberi syafaat kepada kedua-dua ibu bapa pada hari kiamat kelak. Aqiqah tetap sunat dilakukan walaupun anak yang dilahirkan itu mati sama ada mati sebelum hari ketujuh kelahirannya atau selepasnya.”

Rujukan : Ibadah Mukmin Sembelihan Syeikh Ahmad Faisol Hj. Omar. M/S : 228

Hukum melaksanakan Aqiqah adalah SUNAT MUAKKAD iaitu Ibadah sunat yang sangat-sangat dituntut. Ianya dilaksanakan apabila bayi selamat dilahirkan oleh ibunya walaupun bayi tersebut mati selepas dilahirkan.

 Anak yang dilahirkan ‘tergadai’ dengan aqiqahnya. Maksudnya anak itu akan membesar dengan proses pembesaran yang baik dan dipelihara secara sempurna apabila aqiqahnya telah dilaksanakan.

Rujukan : Ibadah Mukmin Sembelihan Syeikh Ahmad Faisol Hj. Omar. M/S : 228

Jika bayi dilahirkan pada siang hari sama ada pada waktu pagi, tengah hari atau petang, maka hari kelahirannya itu dikira sebagai hari pertama daripada tujuh hari. Sebagai contohnya, bayi “A” dilahirkan pada jam 3 petang hari Ahad.  Maka, hari Ahad itu merupakan hari pertamanya dan hari ketujuhnya jatuh pada hari Sabtu.

Manakala bayi yang dilahirkan pada malam hari pula agak berbeza kaedah pengiraannya. Hari pertama bagi tersebut dikira bermula pada hari siang hari keesokannya. Sebagai contohnya, bayi “B” dilahirkan pada jam 10.00 malam hari Ahad. Maka hari pertamanya dikira bermula pada hari Isnin dan hari ketujuhnya jatuh pada hari Ahad.

Soal Jawab Fiqh Korban dan Akikah, Ustaz Abu Usamah MohdHanapiah. M/S 113-114

Kata Ibn Hajar Al-Haitami di dalam Kitabnya Al-Fatawa Al-Fiqhiyyah Al-Kubra setelah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu :-

Sesungguhnya aqiqah disunatkan ke atas janin yang gugur setelah ditiupkan roh pada dirinya. Dan jika belum atau tidak ditiupkan roh padanya maka ia merupakan objek yang tidak akan dibangkitkan pada Hari Akhirat kelak, maka tidak disunatkan ke atasnya aqiqah. Ini berbeza dengan janin yang telah ditiupkan roh ke atasnya maka sesungguhnya dia telah hidup dan bakal dibangkitkan di akhirat kelak, dan bermanfaat dengan syafaatnya. Telah berkata sebahagian ulama’ terdahulu : Barangsiapa yang tidak melakukan aqiqah ke atas anaknya maka tiada syafaat baginya (dari anaknya) pada hari kiamat. Maka difahami daripada kalam mereka bahawasanya pelaksanaan aqiqah mengikut kepada anak yang boleh memberi syafaat, yakni anak yang telah ditiupkan roh ke atasnya, begitu juga terikat padanya hukum sunat.

Oleh itu boleh difahami daripada kata-kata di atas :-

  1. Jika janin gugur setelah tempoh empat bulan atau lebih, maka disunatkan aqiqah keatasnya.
  2. Jika janin gugur sebelum cukup tempoh empat bulan, maka tidak disunatkan aqiqah ke

atasnya, kerana ia diibaratkan sebagai objek.

Al-Kafi #1570: Hukum Aqiqah Terhadap Anak Yang Telah Meninggal Dunia (www.muftiwp.gov.my)

Sunnah telah menetapkan, wali hendaklah menyembelih seekor kambing bagi aqiqah lelaki danuntuk anak perempuan juga seekor kambing.

 Dalilnya hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi (1059) daripada Saidina Ali katanya yang

bermaksud : “Rasulullah SAW telah mengaqiqahkan Hasan dengan seekor kambing”.

 Tetapi yang lebih AFDAL ialah wali menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan untuk anak perempuan seekor kambing.

 Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi (1513) dan selainnya daripada

Aisyah RA bermaksud : “Rasulullah SAW memerintahkan agar mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor  kambing yang sepadan dan mengaqiqahkan anak perempuan

dengan seekor kambing”.

 Rujukan: Kitab Fikah Mazhab Manhaji, Dr. Mustofa Al-Bugho& Ali Asy-Syarbaji, M/S : 634-635

Adalah tidak memadai untuk mendapatkan sunat aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi bilangan anak yang lebih daripada seorang.

 Bahkan mengikut Sunnah ialah bilangan sembelihan mengikut bilangan anak; bagi seorang anak seekor kambing, bagi dua orang anak dua ekor kambing; bagi tiga orang anak tiga ekor kambing dan begitulah seterusnya.

 Sekiranya seseorang itu dikurniakan sepasang anak kembar maka tidak cukup seekor kambing disembelih untuk keduanya.

 Abu Daud (2841) meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA. katanya yang bermaksud :

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengaqiqahkan seekor kibasy untuk Hasan dan seekor kibasy untuk Husin”. Rujukan : Kitab Fikah Mazhab Manhaji, Dr. Mustofa Al-Bugho& Ali Asy-Syarbaji, M/S : 635

Menurut pandangan Mazhab Syafi’ie, tiada halangan menggunakan daging akikah dalam majlis walimatul urus. Dalam erti kata lain, boleh sahaja daging aqiqah dijadikan sebagai masakan untuk majlis.

 Hal ini kerana majlis walimatul urus juga termasuk dalam perbuatan memberi makan kepada fakir miskin dan selainnya dengan akikah.

 Syeikh Dr. Wahbah Zuhaily menjelaskan perkara ini dalam kitab Fiqh Islami waadillatuhu: “Para ulama mazhad Syafi’ie dan mazhab Hanbali berpandangan bahawa boleh menjadikan daging aqiqah sebagai walimah (majlis jamuan makan).”

 Meskipun demikian, seharusnya diingat bahawa daging akikah itu tetap wajib disedekahkan kepada fakir miskin sekurang-kurangnya dengan kadar yang dinamakan sedekah. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan dalam kitab Mughni Muhtaj juz. 6 hlmn 139.

Rujukan : Soal-Jawab Fiqh Korban Dan Akikah, Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah. M/S : 137-138

Hukum memberi upah kepada penyembelih dan para pelapah dengan daging akikah adalah sama sahaja seperti memberi upah dengan daging korban. Ia adalah HARAM.

Ibn Hajar al-Haitami menjelaskan perkara ini dalam kitab al-Minhaj al-Qawim hlm. 383 :

“Dan hukum akikah adalah sepertimana korban pada umurnya (haiwan akikah), jenisnya, tiada kecacatan padanya, makan sebahagian daripadanya, mensedekahkannya, menghadiahkannya, menyimpan dengan kadar yang dimakan dan tidak boleh dijual dan seumpamanya..”

Rujukan : Soal Jawab Fiqh Ibadah: Bab Puasa, Haji, Korban dan Akikah. Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Haji Hussin. M/s : 225.  

Hukum ini ada khilaf dalam kalangan ulama. Sebahagian mereka dalam mazhab al-Syafie melarangnya sama ada bagi korban nazar dan korban. Manakala mazhab Hanafi membenarkan. Para ulama yang tidak membenarkannya juga menqiaskan daging korban dengan daging akikah.

Walau pun begitu, ada beberapa keadaan bila maslahah manusia tanpa mengira agama wajar dipertimbangkan dalam isu ini. Misalannya, jika sekumpulan pendakwah pergi ke perkampungan orang asli yang bercampur antara muallaf dan belum masuk Islam, tentu barang pasti ialah wajar untuk diedar daging korban yang dibawa kepada semua penduduk sebagai wasilah yang melembutkan hati mereka terhadap Islam.

Sumber : AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 152, www.muftiwp.gov.my

Jika disembelih seekor sahaja kambing sebagai aqiqah untuk anak lelaki, ia dikira memadai dan tidak bersalahan dengan sunnah.

Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab juz. 8 hlmn. 429 yang bermaksud :

“Sunnahnya ialah mengaqiqahkan dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan. Namun jika diaqiqahkan seekor kambing sahaja untuk anak lelaki, maka (hakikatnya) sudah tercapai asal sunnahnya.”

Rujukan : Soal Jawab Fiqh Ibadah : Bab Puasa, Haji, Korban dan Akikah, M/S 238

Pada asalnya, aqiqah dibuat oleh bapa bayi jika berkemampuan. Namun jika datuk yang lakukan aqiqah untuk cucunya disebabkan si ayah tidak mampu, atau dengan persetujuannya. Maka tidak mengapa. Nabi s.a.w. telah melakukan aqiqah untuk cucu baginda iaitu Hasan dan Husain r.a.

Rujukan: 40 soal jawab berkaitan aqiqah & korban. Mohamad Abdul Kadir bin Sahak

Pertubuhan Fitrah Ummah
(PFM-004-14-22052020)