INFO PESERTA QURBAN

Pengumuman Peserta Qurban 2021

*KHUSUS BUAT SEMUA PESERTA IBADAH QURBAN 2021/1442H

Anda hendaklah memotong kuku, rambut dan kemaskan bulu pada badan sebelum masuknya 1 Zulhijjah 1442H.

Bilakah masuknya tarikh 1 Zulhijjah 1442H?

Secara rasminya, 1 Zulhijjah akan bermula pada hari Sabtu, 10 Julai 2021 bermula apabila masuknya waktu azan Maghrib. Bermula saat itulah anda peserta Ibadah Qurban tidak digalakkan lagi untuk memotong kuku, rambut dan bulu pada badan.

Bilakah peserta boleh memotong kuku, rambut dan bulu pada badan ini?

Anda boleh memotong kuku, rambut dan bulu pada badan setelah haiwan Qurban anda telah disembelih oleh wakil Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) yang telah diamanahkan di Malaysia, Mekah dan Luar Negara (Kemboja, Vietnam, Laos, Thailand, Indonesia, Bangladesh dan Chad)

Bila haiwan Qurban kami akan disembelih?

Wakil Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) akan menyembelih haiwan Qurban pada Hari Raya Pertama atau Hari Raya Kedua sahaja iaitu bersamaan 20 & 21 Julai 2021 (10 & 11 Zulhijjah 1442H) jika tiada berlaku masalah yang tidak diingini. Secara rasminya, semua peserta boleh memotong kuku, rambut dan bulu pada badan selepas masuknya waktu Maghrib pada Hari Raya Kedua.

Bagaimana kami nak tau perlaksanaan sembelihan telah selesai dilakukan?

Pihak Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) akan menghantar SMS dan EMEL kepada semua peserta bagi memakluman laporan terkini perlaksanaan sembelihan Ibadah Qurban. Para peserta boleh klik link yang akan kami kongsikan untuk melihat laporan program yang telah dijalankan.

Apa yang kami akan dapat selepas itu?

Dalam tempoh sebulan selepas perlaksanan Ibadah Qurban dilaksanakan, pihak Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) akan poskan Sijil secara Fizikal yang telah diminta oleh para peserta dan kami juga akan emelkan Sijil dalam betul Digital yang diminta oleh para peserta.

Semoga dengan jawapan yang kami berikan ini dapat memudahkan para peserta untuk memahami situasi yang bakal berlaku nanti.

Jika ada sebarang pertanyaan, and boleh hubungi talian hotline kami di:

012-333 5615 (Pengerusi)

018-2929006 (Admin)

01128898420 (Careline)

Tarikh Penting Qurban

Amalan Sunat Untuk Orang Yang Melaksanakan Ibadah Qurban

1. Disunatkan kepada individu yang melakukan Ibadah Qurban supaya tidak menggunting atau mencukur rambut dan memotong kuku apabila masuknya 1 Zulhujjah dan berkekalan sehinggalah dia menyempurnakan penyembelihan Qurbannya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Sesiapa memiliki binatang Qurban yang ingin disembelihnya, kemudian dia melihat anak bulan Zulhijjah, maka janganlah dia menggunting rambut dan memotong kukunya walaupun sedikit sehinggalah dia menyembelih Qurban terlebih dahulu.” (Riwayat Muslim)

 

Larangan menggunting rambut dan memotong kuku dalam hadis tersebut bukanlah larangan haram sebaliknya hanya larangan makruh.Hikmah di sebalik larangan itu supaya individu yang melaksanakan Ibadah Qurban dapat menyerupai orang yang sedang berihram haji iaitu penyamaan dari segi wajah kerana tidak bercukur rambut dan memotong kuku.
Imam Nawawi R.H: Supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan bebas dari api neraka.

 

2. Berpuasa sunat bermula 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah. 9 Zulhijjah adalah Hari Arafah yang mana sangat-sangat digalakkan kita berpuasa. Sabda Rasulullah SAW, “Puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun lalu dan tahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim)

 

3. Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT. (Tasbih, Tahmid, Takbir & Tahlil)

 

4. Melakukan amal soleh seperti membaca Al Quran, solat sunat, bersedekah dan lain-lain lagi.

Niat & Doa

LAFAZ NIAT BAGI MEREKA YANG MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN

 

Tiada bacaan khusus lafaz Niat Ibadah Qurban melainkan bagi Qurban Nazar.

Contoh Niat boleh dilafazkan oleh peserta Ibadah Qurban :

”Inilah Ibadah Qurban sunat ke atasku kerana Allah SWT”.

 

Jika Niat untuk seisi sekeluarga:

“Sahaja aku melakukan Ibadah Qurban sunat, keatas diri dan keluargaku (sebut nama-nama ahli keluarga) kerana Allah SWT.”

 

DOA IBADAH QURBAN

Para peserta boleh membaca doa berikut :

“Ya Allah, inilah Ibadah Qurban dariku, untuk mendekatkan diriku kepada-Mu, maka terimalah Qurbanku ini. Amin!”

 

Peserta boleh membaca doa ini bila-bila masa selepas membuat pendaftaran Ibadah Qurban.

Peserta juga boleh membaca doa ini selepas solat.

Contoh doa yang boleh dibaca seperti berikut :

 

“Ya Allah, tahun ini hamba-Mu melaksanakan Ibadah Qurban untuk-Mu, terimalah Ibadah Qurbanku ini.”

Ya Allah, berkat Ibadah Qurban yang aku lakukan, tunaikanlah hajat-hajatku”

Ya Allah, ampunilah dosa kecil dan dosa besar yang aku lakukan.

Ya Allah, rahmatilah keluargaku.

Ya Allah, murahkanlah rezekiku.

Ya Allah, rahmatilah ibubapaku, berilah kesihata kepada mereka.

Ya Allah, tutuplah aibku di dunia ini.

Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku untuk beribadah.

Ya Allah, matikan kami dalam keadaan mati yang baik.

Ya Allah, masukkan kami dalam golongan yang mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah, masukkan kami dalam syurga-Mu.

 

Mintalah doa kepada Allah SWT berkat kita melaksanakan Ibadah Qurban. Semoga dekatnya kita dengan Allah SWT maka Allah SWT memakbulkan doa-doa kita. Amin!

 

Tarikh Perlaksanaan Qurban 2021