TERMA & SYARAT 2026
✅ IBADAH AQIQAH, QURBAN & DAM HAJI
BERSAMA FITRAH UMMAH GLOBAL SERVICES (DISEBUT: FITRAH UMMAH)
1.Akad yang digunakan bagi Ibadah Aqiqah, Qurban & Dam Haji adalah ‘Akad Jual Beli Haiwan’.
2.Pihak Fitrah Ummah menjual haiwan seperti kambing atau lembu kepada peserta & peserta dan peserta bersetuju membayar harga yang ditetapkan untuk tujuan ibadah yang dipilih.
3.Pihak Fitrah Ummah akan menguruskan haiwan tersebut untuk urusan perlaksanaan Ibadah Aqiqah, Qurban & Dam Haji adalah secara Percuma. Tiada caj & percuma.
4.Pihak Fitrah Ummah mengambil kos pengurusan & keuntungan dari hasil jualan haiwan untuk menguruskan operasi syarikat.
5.Pihak Fitrah Ummah akan menguruskan semua perlaksanaan Ibadah dengan penuh amanah & jujur mengikut pengalaman selama ini.
6.Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kegagalan perlaksanaan Ibadah yang telah dipersetujui maka pihak Fitrah Ummah akan bertanggungjawab memulangkan semula duit yang telah dibayar oleh peserta.
7.Sekiranya berlaku masalah di luar kawalan contohnya perlaksanaan di negara yang sepatutnya dibuat namun tidak dapat dilaksanakan maka pihak Fitrah Ummah akan berhubung dengan peserta meminta persetujuan untuk menukar negara perlaksanaan ibadah tersebut.
2.TERMA & SYARAT 2026
✅ PROJEK PEMBINAAN
BERSAMA FITRAH UMMAH GLOBAL SERVICES (DISEBUT: FITRAH UMMAH)
1.Pihak Fitrah Ummah menawarkan servis projek pembinaan di luar negara seperti Kemboja, Indonesia & Bangladesh.
2.Projek pembinaan ini adalah persetujuan dari pihak peserta untuk menyerahkan tugasan pembinaan kepada pihak Fitrah Ummah di luar negara.
3.Projek pembinaan ini diuruskan oleh pihak Fitrah Ummah bersama wakil mereka di setiap negara.
4.Setiap harga projek pembinaan ini termasuk dengan kos pengurusan & keuntungan syarikat dan wakil di setiap negara.
5.Projek pembinaan ini akan mengambil
masa tempoh minimum sebulan dan mungkin maksimum dua bulan bergantung kepada tenaga kerja, barang pembinaan & cuaca di luar negara.
3.TERMA & SYARAT 2026
✅ BADAL HAJI
BERSAMA FITRAH UMMAH GLOBAL SERVICES (DISEBUT: FITRAH UMMAH)
1.Peserta bersetuju membuat pendaftaran Badal Haji yang diuruskan oleh Fitrah Ummah.
2.Sekiranya terdapat sebarang perubahan undang-undang atau apa-apa yang berkaitan pelaksanaan Ibadah Haji oleh pihak Kerajaan Saudi yang mengakibatkan wakil Fitrah Ummah terhalang dari melaksanakan Badal Haji mewakili peserta maka pihak Fitrah Ummah akan membuat pemulangan semula wang bayaran tanpa sebarang caj dikenakan.
3.Pemilihan pelaksana Badal Haji ini telah dibuat oleh wakil Fitrah Ummah di Mekah bagi memastikan Ibadah Badal Haji dilakukan oleh mereka yang berilmu & amanah.
TERMA & SYARAT
✅ PEMBATALAN PEMBELIAN, PEMULANGAN WANG & SIJIL
FITRAH UMMAH GLOBAL SERVICES URUSKAN (DISEBUT: FITRAH UMMAH)
1.Semua maklumat yang diisi oleh peserta atau diwakili oleh pihak ketiga (Wakil Sah) pada borang pendaftaran perlu disemak oleh peserta di emel. Andai terdapat sebarang perubahan maklumat, peserta perlulah memaklumkan dengan kadar yang segera kepada pihak Fitrah Ummah untuk memudahkan urusan perlaksanaan.
2.Sekiranya peserta ingin membatalkan urusan jual beli haiwan setelah pendaftaran telah selesai dibuat, pihak Fitrah Ummah berdasarkan budi bicara boleh berbincang untuk pemulangan semula duit pendaftaran yang dibuat.
3.Proses pemulangan semula wang akan mengambil masa dalam tempoh 7-10 hari waktu bekerja.
4.Sijil Digital@Softopy atau Fizikal akan diserahkan kepada peserta dalam jangka masa 30 – 60 hari setelah laporan semua ibadah diterima dari wakil kami.
————————————————————-
Kami mendoakan agar segala urusan yang telah dirancang dan bakal dijalankan akan berjalan dengan lancar.
Paling utama Aqiqah, Qurban, Dam Haji, Badal Haji & Projek Pembinaan terlaksana dan semoga Allah SWT menerima ibadah yang kita lakukan hanya kerana-Nya. Amin!
Yang Benar,
Ustaz Mohd Faizal B. Eshak
Pengurus
Fitrah Ummah Global Service