Hasil ziarah Pengerusi Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU), Ustaz Mohd Faizal Bin Eshak ke Zanzibar, Tanzania pada Hari Raya Qurban tahun ini bagi pelaksanaan Ibadah Qurban di sana, perbincangan bersama NGO tempatan bersetuju untuk mengadakan program Sedeqah Daging kepada penduduk kampung di Pulau Pemba, Zanzibar, Tanzania.
Sejujurnya umat Islam di sana memang jarang dapat merasai daging segar atas sebab harga yang mahal dan juga faktor pendapatan yang rendah oleh penduduk kampung. Boleh kata setahun hanya beberapa kali saja mereka dapat merasai makanan daging di Pulau Pemba, Zanzibar, Tanzania.
Sememangnya waktu Pengerusi Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) membuat agihan daging Qurban semasa Hari Raya Qurban di Zanzibar, mereka memang sangat menanti²kan daging Qurban hasil penyertaan peserta² dari Malaysia bersama Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU).
Oleh itu, kami ingin membuka peluang kepada anda semua untuk menyumbang sama bagi program Sedeqah Daging khusus untuk umat Islam di Pulau Pemba, Zanzibar, Tanzania.
2. Penyertaan dan perlaksanaan adalah dibuat setiap hari dari hari Isnin sehingga hari sabtu.
3. Video bukti perlaksaan akan dihantar kepada anda 2 hari bekerja dari hari perlaksanaan.
Sijil perlaksaan akan dihantar dalam 30 hari bekerja.
RM550.00