Waqaf Tandas

Alhamdulillah, Waqaf Tandas pertama sumbangan dari Pertubuhan Fitrah Ummah dalam proses pembinaan. Buat masa ini, kami fokus menyumbang kepada umat Islam di Kemboja untuk pembinaan Waqaf Tandas. Kami sasarkan pembinaan sebanyak 100 buah Waqaf Tandas dapat dibina pada tahun 2021.

Jumlah bagi pembinaan sebuah Waqaf Tandas sebanyak RM 1200.

Sekiranya anda mempunyai wang tidak patuh syariah dan tak tahu nak buat apa dengan duit tersebut, anda boleh salurkan kepada kami.

Sebelum itu, apakah itu wang tidak patuh syariah? Wang tidak patuh syariah ialah harta yang dimiliki dan diperolehi melalui cara yang tidak diiktiraf oleh syarak seperti rompakan, rampasan, hasil jualan barang curi, rasuah, perjudian, loteri, transaksi riba, perlindungan insurans konvensional, keuntungan pelaburan di dalam sekuriti tidak patuh syariah dan seumpamanya.

Wang tersebut akan disalurkan kepada wakil kami di Kemboja untuk pembinaan Waqaf Tandas di setiap rumah umat Islam di sana.

Salurkan sumbangan anda ke :
Maybank : Pertubuhan Fitrah Ummah
Akaun : 5648 0165 7170
Detail : Waqaf Tandas

Play Video