WAQAF PERIGI
SUMBER AIR BERSIH UNTUK MEREKA
Alhamdulillah, projek pembinaan Waqaf Perigi di Kemboja telah bermula pada Januari 2020 sehingga kini. Sehingga kini Mac 2021 sebanyak 320 buah perigi telah berjaya dibina hasil waqaf dari penyumbang orang Malaysia.
Waqaf Perigi ini dibina di kawasan perkampungan yang mana jauhnya 7 jam perjalanan dari bandar Phnom Penh. Kami bina perigi-perigi di beberapa kampung di daerah Sombour, Negeri Stung Treng, Kemboja.
Umat Islam di sana sebelum ini menggunakan sumber air dari sungai berdekatan untuk digunakan dalaam kehidupan seharian seperti memasak, berwudhu’, mandi dan sebagainya. Dengan adanya perigi yang berdekatan dengan rumah mereka, mudahlah untuk mereka mendapatkan sumber air bersih.
Terkini, kami membuka peluang untuk Waqaf pembinaan perigi di Bangladesh dan Indonesia.
Waqaf Perigi di Bangladesh telah berjaya dibina sebanyak 42 buah perigi di negeri Chittagong. Manakala di Indonesia, kami bina Waqaf Perigi di daerah Lombok yang setakat ini telah berjaya dibina 2 buah perigi.
Kami mengalu-alukan penyumbang untuk berwaqaf bagi membantu umat Islam kita mendapatkan sumber air bersih untuk kehidupan seharian mereka.
Semoga sumbangan Waqaf ini menjadi saham akhirat kita kelak. Amin.
WAQAF PERIGI
Kemboja :Sebuah Perigi RM 1,320.00
Indonesia: Sebuah Perigi RM 1,320.00
Bangladesh: Sebuah Perigi RM 880.00
Sebuah Lot (Sharing): RM 110.00(Per Lot)
Salurkan sumbangan anda ke :
Maybank : Pertubuhan Fitrah Ummah
Akaun : 5648 0165 7170
Detail : Waqaf Perigi