Upah Haji LAMA

BORANG ONLINE

UPAH HAJI 2020/1441H

1. Pengertian Upah Haji

Upah Haji adalah program menggantikan perlaksanaan Ibadah Haji.

Dari Ibnu Abbas ra berkata : Datang seorang perempuan dari Kafilah Khas’am dan bertanya : “ Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepada hambaNya untuk melaksanakan ibadah haji, sedangkan bapak saya tua sekali dan tidak mampu duduk di atas kenderaan, dalam hal ini apakah boleh saya menghajikan dia (ibadah Haji)” Rasulullah menjawab : “Boleh” – Hadis Riwayat Tirmizi.

Ini pendapat Imam Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah.

2. Hukum Orang Yang Tidak Mampu Menunaikan Haji.

Orang yang tidak mampu menunaikan sendiri hajinya (iaitu orang yang sakit tiada harapan sembuh) Dia wajib mengupah orang lain melakukan haji bagi pihaknya dengan upah yang setimpal. Sekiranya dia tidak mendapati orang yang dapat melakukan haji baginya kecuali upahnya lebih daripada upah setimpal, dia tidak wajib melakukannya.

Diriwayatkan daripada Fadhal Bin Abbas. Bahawa seorang wanita dari Khan’am bertanya : “Ya Rasulullah, kewajipan haji difardhukan Allah atas hambanya, kebetulan datangnya dengan keadaaan bapaku yang telah berusia lanjut (sangat tua) hingga tidak mampu lagi berkenderaan, Apakah boleh saya hajikan atas namanya? Jawab baginda : ‘Boleh’ Dan peristiwa itu terjadi masa haji wada’. (Muttafaqun Alaih. Sohih.

3. Hukum Orang Yang Mati Sebelum Sempat Menunaikan Haji?

Apabila haji telah wajib kepada seseorang (kerana sudah mampu)  tetapi dia melewatkan perlaksanaan dan tidak menunaikanya sehingga mati, maka dia mati dalam keadaan terhutang kepada Allah dan wajib waris melakukan haji bagi pihaknya atau mengupah pihak-pihak tertentu, perbelanjaan hendaklah diambil daripada harta di mati, ia dianggap sebagai hutang dan harta pusaka tak boleh dibahagikan kecuali selepas hutang dilaksanakan. Sekiranya si mati tidak meninggalkan harta, wajib si waris mengeluarkan daripada hartanya berdasarkan hadis tersebut :

“Kamu dan harta kamu adalah harta ibubapa kamu” – Riwayat Baihaqi dan Ibnu Hibban.

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a : Seorang wanita daripada Juhainah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata : “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji bagi pihaknya. Jawab baginda “Ya, tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu jika ibu kamu berhutang? Apakah kamu perlu melunaskannya?Jawabnya : “Ya”Sabda baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak dilunaskan”. Hadis Riwayat Bukhari & Nasa’i.

Menggantikan haji bagi pihak yang meninggal dunia hukumnya adalah wajib, samaada telah diwasiatkan oleh si mati atau tidak. Pendapat ini dipegang oleh Mazhab Syafie.

Harus bagi seseorang Muslim yang berkemampuan mengerjakan haji untuk si mati yang tidak berkesempatan menunaikan haji semasa hayatnya. Muslim yang tidak berkemampuan seperti menghadapi masalah kesihatan untuk menunaikan haji juga boleh menggunakan khidmat Upah Haji.

(Sumber : Kitab Matla El-Badrin diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tahun 1413H/1993 cetakan rumi. Muka surat 161-191.

Dari Ibnu Abbas bahawasanya ada seorang lelaki datang kepada Nabi seraya bertanya : “Sesungguhnya ayahku meninggal dunia dan dia belum haji, apakah aku boleh haji untuknya?”

Nabi menjawab : “Bagaimana pendapatmu sekiranya ayahmu memiliki hutang, Apakah engkau akan melunasinya? Jawabnya : “Ya”

Nabi bersabda : “Kalau begitu berhajilah untuk ayahmu”.

Hadis riwayat Bukhari & Muslim.

Boleh hubungi kami di :

018-2929 006 (Ustaz Faizal)

In shaa Allah, kami akan bantu anda menyelesaikan masalah anda.

Jangan malu, jangan segan.

Paling penting hutang anda selesai, hati jadi tenang.