SELESAI QURBAN 1442H/2021

Alhamdulillah. Allahuakbar.
Alhamdulillah. Allahuakbar.
Alhamdulillah. Allahuakbar.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia-Nya semua perlaksanaan Ibadah Qurban pada tahun 1442H/2021 telah selamat dijalankan oleh Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU).

Pertama sekali, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang memberi kepercayaan kepada kami dalam menguruskan perlaksanaan Ibadah Qurban anda samaada di Malaysia, Kemboja, Bangladesh, Thailand, Vietnam, Laos, Indonesia, Republic of Chad dan Mekah.

Terima kasih juga kepada tenaga kerja Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) samaada di Malaysia dan juga luar negara yang bertungkus lumus memastikan perjalanan Ibadah Qurban ini disusun dan diuruskan dengan baik dan sistematik.

Pastinya kami tak lepas dari melakukan kesilapan sepanjang berurusan dengan semua peserta selama ini. Saya mewakili team pengurusan Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) memohon ampun dan maaf andai ada salah kata, terkasar bahasa sepanjang membantu anda melaksanakan Ibadah Qurban bersama kami. In shaa Allah, kami akan lakukan post mortem untuk memperbaiki kelemahan yang berlaku sebelum ini.

Akhir kata, kami mendoakan agar Ibadah Qurban yang kita lakukan pada tahun ini diterima oleh Allah SWT dan segala permintaan kita akan ditunaikan. Amin!

Sekian, terima kasih.

Ikhlas dari,
Ustaz Mohd Faizal Eshak
Pengerusi
Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU)