PENYERTAAN QURBAN BAGI SESI 2020 TELAH DI TUTUP
Borang Pesanan dan Pembayaran Online QURBAN BAGI TAHUN 2020
1. Sila Buat Pilihan Pakej dan Jenis Haiwan Qurban yang ingin dilaksanakan
2. Selepas itu sila isi borang yang di sediakan.
3. Jika anda memilih lebih dari 1 bahagian lembu. Mohon untuk menyatakan penama yang diniatkan dibahagian yang disediakan mengikut jumlah bahagian yang dibeli
4. Jika anda memilih 1 ekor lembu mohon untuk menyatakan 7 penama yang di niatkan.
5. Selepas anda mengisi Borang Pesanan dan Pembayaran online anda dianjurkan membaca dan berniat AKAD seperti berikut :
AKAD :
Saya/kami dengan ini mewakilkan perlaksanaan Ibadah Akikah/Korban pada tahun ini, 2020/1441H kepada pihak Pertubuhan Fitrah Ummah kerana Allah SWT.
6. Pilih Kaedah pembayaran dan Tekan PLACE ORDER
Borang Pesanan dan Pembayaran Online
SATU (1) EKOR KAMBING QURBAN - MALAYSIA
RM1,650.00
Have a coupon? Click here to enter your code
Korban ialah penyembelihan binatang yang dilakukan pada Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah (selepas solat) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu 11,12,13 Zulhijjah.
Korban hendaklah diniatkan sebagai ibadah kepada Allah swt dan tidak boleh atas tujuan lain. Korban ini mengikut sunnah sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim AS yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad SAW.
“Maka dirikanlah solat kerana tuhanmu dan berkorbanlah.” – Surah Al Kawthar 108:2
Setiap orang yang sudah baligh.
Sunat muakkad – sunat yang sangat-sangat dituntut. Jika tidak laksanakan amatlah rugi. Rasulullah SAW bersabda “aku disuruh berkorban dan ia sunat bagi kamu” – riwayat At-Tarmizi.
Menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim AS
– Mendekatkan diri kepada Allah dan mendidik jiwa ke arah taqwa.
– Menghapus dosa & mengharap redho Allah
– Mengikis sifat tamak & melahirkan sifat murah hati
– Memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian sirat di akhirat kelak
Rasulullah SAW bersabda “muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu meniti titian pada hari kiamat.”
Sabda Rasulullah SAW “Tiada dikerjakan oleh anak adam suatu amalan pada hari raya yang lebih digemari Allah Taala daripada menumpahkan darah iaitu menyembelih korban. Sesungguhnya korban itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya dan kuku kakinya dan bahawa darah (korban itu) jatuh ia daripada Allah pada suatu tempat dengan kemuliaan sebelum ia jatuh ke bumi. Maka sukakanlah diri kamu dengan korban itu” – riwayat At Tarmizi & Al Hakim.
Pada hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah dan diikuti dengan hari-hari Tasyrik pada 11,12,13 Zulhijjah.
Bukan sunat muakkad lagi hukumnya tetapi harus. Jika korban itu diwasiatkan maka wajib laksanakan. Jika korban tersebut untuk ibu bapa yang sudah meninggal juga diterima kerana amalan yang diniatkan oleh anak in sha allah sampai pada ibu bapa mereka.
9. Bolehkah saya laksanakan Ibadah Korban untuk anak saya akan tetapi saya tidak memberitahu mereka?
Ibadah Korban ini dilakukan oleh seseorang untuk dirinya. Maka jika nak buat untuk anak sebaik-baiknya dimaklumkan kepada mereka agar mereka tahu mereka juga berkorban. Dalam masa yang sama kita mengajar mereka untuk melakukan pada masa akan datang.
Harus mewakilkan orang lain untuk menyembelih qurban dan memadai niat orang yang mewakilkan. Sheikh al-Islam berkata: “Walaupun wakil tidak mengetahui haiwan yang disembelihnya itu adalah haiwan qurban tidak mengapa”.
Harga bagi pelaksanaan Ibadah Korban :
– Satu bahagian lembu RM320.00
– Satu ekor kambing RM550.00
– Satu ekor lembu RM2,240.00