Program Pembinaan Perigi

 Sumber Air Bersih untuk Saudara SeIslam Kita

“Apabila seseorang manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.”

Air bersih merupakan keperluan asas dalam kehidupan. Namun, masih terdapat banyak keluarga dan komuniti Islam yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih bagi kegunaan harian.

Kami membuka peluang kepada anda untuk menyertai Projek Pembinaan Perigi di Kemboja, Bangladesh dan Indonesia. Melalui sumbangan ini, anda dapat membantu menyediakan sumber air bersih yang lebih selamat dan mudah diakses untuk kegunaan minuman, memasak, membersihkan diri, berwuduk dan keperluan harian masyarakat setempat.

Sedekah Jariah yang Terus Mengalir

Bayangkan setiap titisan air daripada perigi yang dibina digunakan oleh mereka untuk meneruskan kehidupan. Setiap kali air tersebut dimanfaatkan, insya-Allah pahala kebaikan akan terus mengalir dan menjadi bekalan amal jariah yang berpanjangan.

Marilah kita bersama-sama membantu saudara seIslam kita yang memerlukan, sambil merebut peluang untuk memperoleh ganjaran daripada Allah SWT.

Jom Bina Perigi, Sebarkan Kebaikan

Daftarkan penyertaan anda hari ini dan jadikan sumbangan ini sebagai amal jariah untuk diri sendiri, ibu bapa, keluarga atau insan tersayang.

Semoga setiap titisan air yang mengalir menjadi pahala yang terus mengalir.

 

Laporan dan Bukti Pelaksanaan

Bagi setiap projek yang berjaya disiapkan, kami akan menyediakan:

  • Laporan bergambar pembinaan perigi
  • Rakaman video perigi yang telah siap
  • Maklumat lokasi pelaksanaan projek
  • Sijil penyertaan dalam bentuk digital

Sumbangan anda bukan sekadar membina sebuah perigi, tetapi turut memberikan kehidupan, kesihatan dan harapan kepada sebuah komuniti.

AQIQAH KAMBING UGANDA

Original price was: RM515.00.Current price is: RM490.00.

Add On: Sijil Kayu Ekslusif (Aqiqah)

RM28.00

Billing details

SENARAI NAMA PESERTA

Additional information

Your order

Product
Quantity
Total
Cart Subtotal RM0.00
Order Total RM0.00
  • Pay with online banking Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam GO and more banks from Malaysia via FPX.