Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaan-Nya kepada kita atas nikmat yang telah diberikan.
Kami dengan ingin memaklumkan bahawa Laporan Pelaksanaan Ibadah Qurban Lembu & Kambing pada tahun ini, 2022/1444H telah mencapai 100% laporan bergambar untuk rujukan semua peserta. Semua laporan peserta boleh dilihat di channel Telegram yang telah kami sediakan.
Pencapaian ini adalah hasil dari penambaikan yang telah dibuat oleh pihak NGO Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) bersama wakil pelaksana di setiap negara hasil pengalaman sebelum ini.
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang setia bersama kami dan memberi kepercayaan penuh dalam melaksanakan Ibadah Qurban anda samaada di Malaysia dan luar negara.
Kami mohon kepada anda luangkan sedikit masa untuk memberikan review & feedback di link Google kami.
Akhir kata, kita sentiasa berdoa agar segala Ibadah sunat yang kita lakukan kerana Allah diterima oleh-Nya. Amin.
‘Bersama Berkongsi Rezeki’
‘Amanah Anda, Tanggungjawab Kami’
Sedeqah.my merupakan satu usaha dibawah NGO Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) bagi menjalankan program-program kebajikan yang dijalankan di Malaysia & luar negara.
Program-program kebajikan yang memberikan manfaat kepada semua umat Islam dalam aspek-aspek keperluan asas yang kami fokuskan.
Kami ingin menjemput semua untuk sama-sama menyumbang bagi program-program kebajikan di Sedeqah.my.