Laksanakan
Ibadah Aqiqah
bersama Kami

"Setiap bayi tergadai dengan AQIQAHnya, disembelihkan(kambing) untuknya pada hari ke-7, dicukur & diberi nama"

HR Abu Dawud, no 2838, at-Tirmidzi

Laksanakan
Ibadah Aqiqah
bersama Kami

"Setiap bayi tergadai dengan AQIQAHnya, disembelihkan(kambing) untuknya pada hari ke-7, dicukur & diberi nama"

HR Abu Dawud, no 2838, at-Tirmidzi

Fitrah Ummah

Berpengalaman menguruskan Ibadah Qurban Aqiqah selama 6 tahun sejak 2017

PERTUBUHAN FITRAH UMMAH
adalah Wakil Perundingan kepada
Lembaga Zakat Selangor, Majlis Agama Islam Selangor

Laksana Aqiqah Anak sebagai Tanda Cinta & Syukur dikurniakan anugerah terindah.

IBADAH AQIQAH 2023/1445H

Pilihan Perlaksanaan

Soal & Jawapan Ibadah Aqiqah

Ibadah Aqiqah ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan (kambing) yang disembelih pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi. Sekiranya terlepas melaksanakannya pada hari ke-7, maka boleh juga disembelih pada hari ke-14. Jika tidak sempat juga, boleh dilaksanakan pada hari ke-21.
Hal ini berdasarkan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dalam kitab karangannya Sabil Al-Muhtadin.

Hukum melaksanakan Ibadah Aqiqah ialah SUNAT MU’AKKAD iaitu ibadah sunat yang sangat dituntut melakukannya berdasarkan pendapat yang kuat dalam Mazhab As-Syafie.

Hukum tidak melaksanakan Ibadah Aqiqah adalah MAKRUH. Jika ditinggalkan Ibadah Aqiqah itu kerana tidak mampu  maka tidak haram mahupun makruh.

Namun adalah satu kerugian besar sebagai hamba Allah SWT yang dikurniakan zuriat kepadanya tetapi tidak menzahirkan rasa syukur dengan beraqiqah sedangkan berapa ramai pasangan diluar sana menginginkan cahaya mata.

Ini kerana Ibadah Aqiqah merupakan suatu tanggungjawab kepada ibubapa untuk menunaikan hak terhadap anak yang dilahirkannya.

Ibadah Aqiqah adalah tanggungjawab wali iaitu ibubapa kepada anak tersebut. Jika sekiranya ibubapa telah meninggal dunia sebelum sempat mengaqiqahkan anaknya maka datuk, bapa saudara atau penjaga anak tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

Boleh. Sekiranya ibubapa kepada anak tersebut kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu maka pihak lain boleh mengaqiqahkan anaknya tetapi ia mestilah dimaklumkan kepada ibubapanya.

Hukumnya Harus apabila dalam keadaan ia berkemampuan (sudah mempunyai pendapatan sendiri).

  1. Menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT sempena kelahiran bayi.
  2. Menghebahkan berita tentang kelahiran anak supaya tidak timbul prasangka.
  3. Mensyukuri nikmat mendapat zuriat daripada darah daging sendiri.
  4. Menghindari bayi daripada terkena penyakit.
  5. Menghindari anak daripada gangguan syaitan.
  6. Mampu menyokong tumbesaran dan kecerdasan minda anak-anak.
  7. Menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW ketika menyambut kelahiran bayi.
  8. Menghindari amalan bida’ah seperti amalan yang tidak bertepatan dengan sunnah Nabi SAW.

Sunat menyembelih haiwan Ibadah Aqiqah dengan kambing dengan nisbah seperti berikut:

Anak lelaki aqiqahnya dengan 2 ekor kambing.

Anak perempuan aqiqahnya dengan 1 ekor kambing.

Boleh, tidak semestinya 2 ekor kambing dibuat dalam satu masa. Allah SWT tidak membebankan hambanya dengan ujian mengikut kadar kemampuan. Akan tetapi, jika sudah berkemampuan, hendaklah disempurnakan sembelihan Aqiqah tersebut pada masa yang lain.

Pendaftaran Awal

Badal Haji

2024 / 1445H

Pertubuhan Fitrah Ummah Kuala Lumpur dan Selangor (PFM-004-14-22052020) telah ditubuhkan secara rasmi pada tarikh 22 Mei 2020 berdaftar bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Matlamat Pertubuhan Fitrah Ummah fokus kepada 3 aspek kebajikan yang diperjuangkan

Aspek 1 : Pendidikan Al Quran

Aspek 2 : Kebajikan Kekeluargaan, wanita dan kanak – kanak

Aspek 3 : Jaminan Kecukupan makanan asas 

Semoga semua yang menyokong usaha pertubuhan ini mendapat ganjaran dari Allah.

PERTUBUHAN FITRAH UMMAH
adalah Wakil Perundingan kepada
Lembaga Zakat Selangor, Majlis Agama Islam Selangor

Testimoni Peserta
Fitrah Ummah

Fizrie Rahaman
Fizrie Rahaman
1736514835
Syukur Alhamdulillah. Sangat mudah buat Aqiqah dengan Fitrah Ummah. Saya sangat berpuas hati. Servis dan respond memang terbaik dan pantas.
Puan Ika
Puan Ika
1736079571
Ya Allah demi Allah team ustaz buat keje yg btol² memudahkn kami, alhamdullilah apa yg kami dapat semua memang dr apa yg dijanjikan 🤲 semoga pertubuhan fitrah ummah dapat ganjaran dunia akhirat sebab permudahkn urusan kami 🤲
Azri Masturi
Azri Masturi
1735738312
Alhamdulilah.. Selesai aqiqah ank sy. Time kasih team yg berbakti
Aminnuddin Aris
Aminnuddin Aris
1735316991
Alhamdulillah,,sgt mudah berurusan dengan pihak Pertubuhan Fitrah Ummah. Selesai sudah urusan utk melakukan ibadah Aqiqah buat anak ketiga sy di Tanah Suci Makkah. Semoga Allah terima..Aamiin
Terima kasih atas perkhidmatan yang memuaskan dan syukur segala urusan aqiqah anak dipermudahkan dan berjalan lancar...😊
js_loader

Pertubuhan Fitrah Ummah
(PFM-004-14-22052020)