Fitrah Ummah

Berpengalaman menguruskan Ibadah Qurban Aqiqah selama 6 tahun sejak 2017

Laksanakan
Ibadah Aqiqah
bersama Kami

"Setiap bayi tergadai dengan AQIQAHnya, disembelihkan(kambing) untuknya pada hari ke-7, dicukur & diberi nama"

HR Abu Dawud, no 2838, at-Tirmidzi

Soal & Jawapan
Ibadah Aqiqah

Ibadah Aqiqah ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan (kambing) yang disembelih pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi. Sekiranya terlepas melaksanakannya pada hari ke-7, maka boleh juga disembelih pada hari ke-14. Jika tidak sempat juga, boleh dilaksanakan pada hari ke-21.
Hal ini berdasarkan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dalam kitab karangannya Sabil Al-Muhtadin.

Hukum melaksanakan Ibadah Aqiqah ialah SUNAT MU’AKKAD iaitu ibadah sunat yang sangat dituntut melakukannya berdasarkan pendapat yang kuat dalam Mazhab As-Syafie.

Hukum tidak melaksanakan Ibadah Aqiqah adalah MAKRUH. Jika ditinggalkan Ibadah Aqiqah itu kerana tidak mampu  maka tidak haram mahupun makruh.

Namun adalah satu kerugian besar sebagai hamba Allah SWT yang dikurniakan zuriat kepadanya tetapi tidak menzahirkan rasa syukur dengan beraqiqah sedangkan berapa ramai pasangan diluar sana menginginkan cahaya mata.

Ini kerana Ibadah Aqiqah merupakan suatu tanggungjawab kepada ibubapa untuk menunaikan hak terhadap anak yang dilahirkannya.

Ibadah Aqiqah adalah tanggungjawab wali iaitu ibubapa kepada anak tersebut. Jika sekiranya ibubapa telah meninggal dunia sebelum sempat mengaqiqahkan anaknya maka datuk, bapa saudara atau penjaga anak tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

Boleh. Sekiranya ibubapa kepada anak tersebut kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu maka pihak lain boleh mengaqiqahkan anaknya tetapi ia mestilah dimaklumkan kepada ibubapanya.

Hukumnya Harus apabila dalam keadaan ia berkemampuan (sudah mempunyai pendapatan sendiri).

  1. Menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT sempena kelahiran bayi.
  2. Menghebahkan berita tentang kelahiran anak supaya tidak timbul prasangka.
  3. Mensyukuri nikmat mendapat zuriat daripada darah daging sendiri.
  4. Menghindari bayi daripada terkena penyakit.
  5. Menghindari anak daripada gangguan syaitan.
  6. Mampu menyokong tumbesaran dan kecerdasan minda anak-anak.
  7. Menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW ketika menyambut kelahiran bayi.
  8. Menghindari amalan bida’ah seperti amalan yang tidak bertepatan dengan sunnah Nabi SAW.

Sunat menyembelih haiwan Ibadah Aqiqah dengan kambing dengan nisbah seperti berikut:

Anak lelaki aqiqahnya dengan 2 ekor kambing.

Anak perempuan aqiqahnya dengan 1 ekor kambing.

Boleh, tidak semestinya 2 ekor kambing dibuat dalam satu masa. Allah SWT tidak membebankan hambanya dengan ujian mengikut kadar kemampuan. Akan tetapi, jika sudah berkemampuan, hendaklah disempurnakan sembelihan Aqiqah tersebut pada masa yang lain.

Pertubuhan Fitrah Ummah Kuala Lumpur dan Selangor (PFM-004-14-22052020) telah ditubuhkan secara rasmi pada tarikh 22 Mei 2020 berdaftar bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Matlamat Pertubuhan Fitrah Ummah fokus kepada 3 aspek kebajikan yang diperjuangkan

Aspek 1 : Pendidikan Al Quran

Aspek 2 : Kebajikan Kekeluargaan, wanita dan kanak – kanak

Aspek 3 : Jaminan Kecukupan makanan asas 

Semoga semua yang menyokong usaha pertubuhan ini mendapat ganjaran dari Allah.

PERTUBUHAN FITRAH UMMAH
adalah Wakil Perundingan kepada
Lembaga Zakat Selangor, Majlis Agama Islam Selangor

Testimoni Peserta
Fitrah Ummah

Zamri Abu Bakar
Zamri Abu Bakar
1746797749
Alhamdulillah. Terima kasih di atas kerja-kerja kebajikan untuk ibadah aqiqah. Pertubuhan Fitrah Ummah terbaik!
izan mel
izan mel
1746194941
Alhamdulillah syukur dipermudahkan urusan aqiqah anakandaku umair. Begitu cepat, mudah & efisien Pengurusan Fitrah Ummah. Selamat Maju Jaya.
trading harmoni
trading harmoni
1746192733
Alhamdulillah terbaik
Fira Ahmad
Fira Ahmad
1744386297
selesai aqiqah dengan jayanya. alhamdulillah trusted
Trusted dan recommended 👍🏻, pihak PFU sangat memudahkan dan memberikan semua jawapan yang dikehendaki, badan tersebut juga sangat menepati seperti apa yang dijanjikan, semoga pada mereka yang akan berurusan dengan pihak PFU juga dipermudah dan mendapat kepuasan seperti yang diinginkan....InsyaAllah​😄
js_loader

Pertubuhan Fitrah Ummah
(PFM-004-14-22052020)