BORANG ONLINE
KLIK : BORANG IBADAH AKIKAH
(Satu Bahagian Lembu)
KLIK : BORANG IBADAH AKIKAH
(Satu Ekor Kambing)
SOAL JAWAB IBADAH AKIKAH
[row]
[col-md-9]
[accordion type=”type2″]
[panel title=”1. Pengertian Ibadah Akikah.” state=”open”]
Dari segi syara’ : Binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi.
Rasulullah SAW bersabda “setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan akikahnya yang disembelih untuknya pada hari ke-7 (daripada hari kelahirannya), dicukur rambutnya dan diberi nama” – riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan Ibnu Majah.
[/panel]
[panel title=”2. Kenapa perlu dilaksanakan Ibadah Akikah” state=”closed”]
Disyariatkan oleh Rasulullah SAW “bayi tergadai dengan aqiqahnya.” – riwayat At-Tarmizi.
Sebagai tanda ibu bapa mensyukuri nikmat mendapat anak. Ianya juga sunnah Rasulullah SAW.
[/panel]
[panel title=”3. Siapakah yang perlu melaksanakan Ibadah Akikah?” state=”closed”] Ibu bapa yang mendapat anak.
[/panel]
[panel title=”4. Hukum melaksanakan Ibadah Akikah?” state=”closed”] Sunat muakkad – sunat yang sangat-sangat dituntut. Jika tidak laksanakan amatlah rugi.
[/panel]
[panel title=”5. Pembahagian Ibadah Akikah bagi Anak Lelaki dan Anak Perempuan.” state=”closed”]
Yang terbaik untuk anak lelaki adalah 2 ekor kambing manakala untuk anak perempuan seekor kambing sahaja.
Hadis dari Siti Aisyah R.A “Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan akikah bayi lelaki 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bayi perempuan seekor kambing” – riwayat At-Tarmizi.
Dalam kes anak lelaki, akikah seekor kambing pun sah kerana Rasulullah SAW mengaqiqahkan cucu baginda Hasan & Husain dengan seekor kibasy – riwayat Abu Daud.”
[/panel]
[panel title=”6. Bilakah dilaksanakan Ibadah Akikah?” state=”closed”] Sebaiknya dilaksanakan pada hari ke 7 mengikut sunnah Rasulullah SAW atau 14 atau 21 atau selagi dia belum baligh.
[/panel]
[panel title=”7. Bagaimanakah daging kambing yang telah disembelih atas niat Akikah diberikan?” state=”closed”] Sunat daging aqiqah dimasak manis diambil sempena dengan manis@elok perangai anak nanti tetapi nak masak apa jua juadah pun boleh.
[/panel]
[panel title=”8. Perkara sunat yang lain yang dilakukan selain dari pelaksanaan Ibadah Akikah.” state=”closed”] Selain akikah, disunatkan juga mencukur rambut dan memberi nama yang baik pada hari ke-7.
[/panel]
[panel title=”9. Bolehkah saya mengaqiqahkan diri sendiri walaupun saya sudah dewasa?” state=”closed”] Boleh kerana Rasulullah SAW sendiri mengaqiqahkan diri baginda selepas baginda diangkat menjadi rasul.
[/panel]
[panel title=”10. Adakah perlu akad dengan bersalaman bagi mewakilkan perlaksanaan Ibadah Akikah?” state=”closed”] Akad hukumnya sunat, akad adalah lafaz niat.
[/panel]
[panel title=”11. Bolehkah ibubapa menggunakan duit yang diberikan kepada bayi?” state=”closed”] Boleh digunakan duit itu untuk keperluan bayi dan duit itu juga boleh digunakan oleh ibu dan ayahnya untuk melaksanakan akikah untuk anaknya.
[/panel]
[panel title=”12. Adakah Ibadah Akikah dilaksanakan setiap tahun?” state=”closed”] Akikah hanya dilakukan sekali seumur hidup.
[/panel]
[panel title=”13. Bolehkah datuk atau nenek melaksanakan Ibadah Akikah bagi cucu-cucu mereka?” state=”closed”] Boleh kerana Rasulullah SAW sendiri mengaqiqahkan cucu baginda iaitu Hasan & Husain kerana ingin membantu anaknya. Dengan tujuan ibu ayah kepada anak tersebut tidak berkemampuan lagi.
[/panel]
[panel title=”14. Harga untuk Ibadah Akikah” state=”closed”]
Harga bagi perlaksanaan Ibadah Akikah :
– Satu bahagian lembu RM320.00
– Satu ekor kambing RM550.00
– Satu ekor lembu RM2,240.00
[/accordion]
[/col-md-9]
[col-md-3]
[animate animation=”bounce” delay=”0″]