SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1442H/2021
IBADAH QURBAN LAMBANG CINTA & TAQWA
“Ya Allah SWT, inilah Ibadah Qurbanku untuk-Mu, aku kembalikan kepada-Mu,
maka Engkau tunaikanlah hajat-hajatku. Amin!”
Kami dari team pengurusan Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang melaksanakan Ibadah Qurban pada tahun ini bersama kami.
Alhamdulillah, pengurusan perlaksanan Ibadah Qurban telah pun disusun agar semua urusan berjalan lancar.
In shaa Allah, perlaksanaan Ibadah Qurban bersama kami di Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 20 & 21 Julai 2021 bersamaan 10 & 11 Zulhijjah 1442H di Malaysia.
Kami akan kongsikan update terkini perlaksanaan Ibadah Qurban bersama peserta dari semasa ke semasa melalui SMS & emel yang telah berdaftar semasa mengisi borang.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, boleh terus hubungi kami di:
Pengerusi – 0123335615
Admin – 0182929006
Careline – 01128898420
“Together We Share”