*KHUSUS BUAT SEMUA PESERTA IBADAH QURBAN 2021/1442H
Anda hendaklah memotong kuku, rambut dan kemaskan bulu pada badan sebelum masuknya 1 Zulhijjah 1442H.
Bilakah masuknya tarikh 1 Zulhijjah 1442H?
Secara rasminya, 1 Zulhijjah akan bermula pada hari Sabtu, 10 Julai 2021 bermula masukkan waktu azan Maghrib. Bermula saat itulah anda peserta Ibadah Qurban tidak digalakkan lagi untuk memotong kuku, rambut dan bulu pada badan.
Bilakah peserta boleh memotong kuku, rambut dan bulu pada badan ini?
Anda boleh memotong kuku, rambut dan bulu pada badan setelah haiwan Qurban anda telah disembelih oleh wakil Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) yang telah diamanahkan di Malaysia, Mekah dan Luar Negara (Kemboja, Vietnam, Laos, Thailand, Indonesia, Bangladesh dan Chad)
Bila haiwan Qurban kami akan disembelih?
Wakil Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) akan menyembelih haiwan Qurban pada Hari Raya Pertama atau Hari Raya Kedua sahaja iaitu bersamaan 20 & 21 Julai 2021 (10 & 11 Zulhijjah 1442H) jika tiada berlaku masalah yang tidak diingini. Secara rasminya, semua peserta boleh memotong kuku, rambut dan bulu pada badan selepas masuknya waktu Maghrib pada Hari Raya Kedua.
Bagaimana kami nak tau perlaksanaan sembelihan telah selesai dilakukan?
Pihak Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) akan menghantar SMS dan EMEL kepada semua peserta bagi memakluman laporan terkini perlaksanaan sembelihan Ibadah Qurban. Para peserta boleh klik lin yang akan kami kongsikan untuk melihat laporan program yang telah dijalakan.
Apa yang kami akan dapat selepas itu?
Dalam tempoh sebulan selepas perlaksanan Ibadah Qurban dilaksanakan, pihak Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU) akan poskan Sijil secara Fizikal yang telah diminta oleh para peserta dan kami juga akan emelkan Sijil dalam betul Digital yang diminta oleh para peserta.
Semoga dengan jawapan yang kami berikan ini dapat memudahkan para peserta untuk memahami situasi yang bakal berlaku nanti.
Jika ada sebarang pertanyaan, and boleh hubungi talian hotline kami di:
012-333 5615 (Pengerusi)
018-2929006 (Admin)
01128898420 (Careline)