Ziarah ke Madrasah Ashabus Suffah Umi Hasanah, Perak | 21 April 2021

Alhamdulillah, selesai misi ziarah ke Madrasah Ashabus Suffah Ummi Hasanah (Asuh) cawangan Ipoh, Perak bersama team Pertubuhan Fitrah Ummah (PFU).

Terima kasih Ustaz James Baven kerana sudi menerima kunjungan kami bagi melihat sendiri dan mendengar perkongsian dari beliau tentang keadaan semasa madrasah.
Pelajar yang menuntut secara sepenuh masa di sini seramai 20 orang. Beliau juga menguruskan Madrasah Asuh cawangan Kulai, Johor yang merupakan madrasah pertama yang dibuka dan mempunyai seramai 63 orang pelajar.

Kami juga sempat melawat tapak yang bakal dijadikan rumah cendawan dan juga ternakan kambing oleh pihak madrasah. Kambing akan disembelih untuk majlis malam Nuzul Quran nanti.
Insha Allah, kami akan bincang dulu untuk membuat keputusan bantuan yang ingin disalurkan kepada madrasah secara bulanan. Semoga sedikit sebanyak membantu meringankan kos overhead madrasah.

Jom bantu kami untuk menjayakan program-program kebajikan yang bermanfaat orang ramai.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *