Perutusan Rasmi dari Wakil Pertubuhan Fitrah Ummah di Kemboja

Assalamualaikum buat semua penyumbang.

Bagi meyakinkan para pewaqaf yang menyumbang bersama kami di Pertubuhan Fitrah Ummah untuk program Waqaf di Kemboja, kami minta wakil kami, Ustaz Zahri untuk buat video.

Kami telah bekerjasama bersama Ustaz Zahri sejak 2019 lagi. Wakil Pertubuhan, Ustaz Faizal & Ustazah Laila telah bertemu dan menziarahi madrasah di kampung Ustaz Zahri yang terletak hampir 7 jam perjalanan dari bandar Phnom Penh.

Setakat ini, semua program yang kami jalankan akan kami sertakan bersama laporan bergambar dan video kepada para penyumbang. Itulah usaha yang kami sediakan bagi meyakinkan para penyumbang.

Jika keadaan kembali normal dan boleh travel ke luar negara, in shaa Allah kami bersedia untuk membawa para penyumbang untuk melihat sendiri sumbangan mereka di Kemboja atas kos travel ditanggung sendiri.

Kami doakan agar segala usaha & amal jariah yang kita jalankan bersama diberkati oleh Allah SWT.

.

Ikhlas dari,
Ustaz Mohd Faizal Eshak
Pengerusi Pertubuhan

.

Berikut adalah rakaman video dari wakil kami di Kemboja yang membantu kami menguruskan semua program kebajikan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *