Serahan Kipas untuk Kegunaan Wad Hospital

Alhamdulillah, kami mewakili Pertubuhan Fitrah Ummah bersama Team Misi 750 telah membuat serahan 6 buah kipas untuk kegunaan wad di hospital.
.
Aircond di wad berkenaan terpaksa ditutup kerana sistemnya berpusat dan berkemungkinan akan meningkatkan risiko penularan virus Covid 19. Ini menyebabkan pesakit dan pertugas berada dalam keadaan tidak selesa kerana suhu yang agak panas.
.
Maka atas keperluan tersebut, kami dan Team Misi 750 telah berjaya membantu menyediakan kipas berdiri hasil sumbangan yang dikumpulkan.
.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kerana memberi peluang untuk kami membantu di waktu ini. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Amin!
.
“Together We Share”
.
Pertubuhan Fitrah Ummah X Team Misi 750 X Cerna Minda
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *