Sumbangan Bantuan Banjir di Temerloh, Pahang.

Pada Januari 2021, hujan lebat di Malaysia menyebabkan berlaku banjir di
beberapa buah negeri, antara yang terjejas teruk adalah di negeri Pahang. Kami di
Pertubuhan Fitrah Ummah telah melancarkan dana bantuan banjir di Temerloh,
Pahang. Kami telah bekerjasama dengan Ustaz Asshik dan Ustazah Ainun dari Dapur
Kak Yah dalam misi bantuan banjir.
.
Pertubuhan Fitrah Ummah telah membuka peluang kepada orang ramai untuk
menyumbang bagi dana banjir ini bagi membantu mangsa banjir mendapatkan bantuan
barangan dari segi makanan, kelengkapan rumah dan sebagainya. Sebanyak
RM2,1700.00 dana bantuan banjir yang telah berjaya dikumpulkan dan telah kami
serahkan kepada Ustaz Asshik dan Ustazah Ainun dari Dapur Kak Yah untuk
diserahkan kepada mangsa banjir di Temerloh, Pahang.
 
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang
bersama mengumpulkan dana dengan Pertubuhan Fitrah Ummah. Semoga Allah SWT
membalas jasa baik anda semua. Amin!
.
Yang benar,
Ustaz Mohd Faizal B. Eshak
Pengerusi
.
#PertubuhanFitrahUmmah #FitrahUmmah #Akikah #Aqiqah #AkikahAnak #AqiqahAnak #AkikahKorban #AqiqahQurban #Waqaf #Wakaf #Islamik #WaqafPerigi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *