Sebulan lagi sebelum tutup tirai 2020, ini berita tumpuan sepanjang November

NAMPAKNYA berbaki hanya sebulan lagi diari 2020 sebelum kita melangkah ke tahun baharu.
Tahun 2020 dilihat sebagai sangat mencabar untuk semua rakyat dunia termasuk Malaysia.

Sebelum kita move on, apa kata kita lihat dahulu apa yang menarik sepanjang bulan November yang menjadi tumpuan umum.

BELANJAWAN 2021 LULUS PADA PERINGKAT DASAR
SAH! Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar dalam sidang Dewan rakyat pada 26 November lalu.
Biarpun diluluskan, ada segelintir pemimpin yang masih mempersoalkan keputusan itu.
Antaranya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, tindakan majoriti Ahli Parlimen pembangkang tidak menyokong usul undi belah bahagi peringkat dasar Belanjawan 2021 seperti mengiktiraf kerajaan Perikatan Nasional (PN), serta menyifatkan tindakan itu sebagai aneh.

HELIKOPTER TERHEMPAS
Awal bulan ini, kita digemparkan dengan satu insiden iaitu nahas helikopter di Taman Melawati, Ampang.
Difahamkan, insiden itu berlaku akibat pelanggaran di antara dua helikopter di ruang udara yang menyebabkan ia hilang kawalan sekali gus terhempas.
Insiden tersebut juga tular di media sosial apabila penduduk sekitar sempat merakamkan visual helikopter itu terhempas menggunakan telefon bimbit mereka.

ANGGOTA PGA DITEMBAK
Negara dikejutkan dengan berita seorang Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, terbunuh akibat ditembak semasa melakukan kerja-kerja risikan.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.10 minit pagi dan mangsa, Koperal Baharuddin Ramli, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, yang mengalami kecederaan parah.
Difahamkan, kedua-dua anggota ini terserempak dengan kumpulan penyeludup ketum dan seterusnya berlaku kejadian tembak-menembak.
Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang.

AS MEMILIH : SELAMAT TINGGAL TRUMP, UCAPKAN HELO KEPADA BIDEN
Selepas sekian lama menunggu, akhirnya rakyat Amerika Syarikat telah membuat keputusan untuk memilih calon demokrat, Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
Biden berjaya mengalahkan Presiden Donald Trump dengan 284 undi elektoral berbanding 214 undi yang diperoleh Trump.

ALIF SATAR DIJANGKITI COVID-19
Pelakon, pengacara dan penyanyi terkenal Alif Satar memaklumkan bahawa beliau disahkan positif COVID-19.
Susulan itu, beberapa rakan artis yang dipercayai kontak rapat kepada Alif turut mengambil langkah keselamatan dengan melakukan ujian saringan COVID-19.

SUMBER: ASTRO AWANI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *