Waqaf Perigi


Alhamdulillah, Waqaf Perigi pertama di Kemboja telah pun berjaya siap dibina pada awal November 2019. Kami berjaya melawat perigi tersebut pada hujung Disember 2019 yang lalu.

Pada bulan Disember 2019, sebanyak 6 buah Waqaf Perigi hasil sumbangan dari persatuan Singapura telah diperolehi. Perigi tersebut masih dalam pembinaan ketika lawatan kami ke Kemboja.

Waqaf Perigi No.1 di Kemboja dari Fitrah Ummah.

Inilah perigi yang telah disiap dibina. Cara pembinaannya adalah menggunakan cara tradisional. Kami dimaklumkan bahawa cara memilih tapak perigi yang mempunyai sumber air bersih adalah dengan melihat ada asap yang keluar di waktu pagi di tempat kawasan tersebut. Maka mereka akan mengorek kawasan tersebut sedalam 4-5 meter untuk mencari sumber air bawah tanah yang bersih. Galian dibuat dengan cara manual oleh pekerja.

Waqaf Perigi di Kemboja

Waqaf Perigi Kemboja ini akan dikongsi oleh 2-3 buah keluarga yang duduk berdekatan dengan perigi tersebut. Perigi inilah yang akan menjadi tempat mereka mendapatkan sumber air bersih untuk tujuan minuman, membasuh pakaian, memasak, mandi dan berwudhu’.

Di kawasan Kampung Stung Treng yang terletak sejauh 7 jam perjalanan dari bandar Phnom Penh, belum ada lagi saliran air bersih yang disediakan. Pembinaan perigi ini dibuat di kawasan pedalaman yang mana tenaga elektrik juga tiada. Pada waktu malam, hanya lampu dengan janakuasa solar sahaja bercahaya di depan rumah mereka.

Waqaf Perigi yang dikongsi bersama jiran.

Sejujurnya, mereka sangat-sangat memerlukan sumber air bersih untuk menjalani kehidupan seharian mereka. Jika tiada perigi maka mereka akan ambil sumber air dari sungai yang berdekatan.

Sekiranya ada yang ingin turut sama berwaqaf perigi di Kemboja maka boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut. Boleh sahaja klik butang di bawah :

Bersama Ustaz Zahri, wakil kami di Kemboja

Kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyumbang untuk waqaf perigi Kemboja. Sebelah saya itu adalah sahabat saya, Ustaz Zahri yang menjadi wakil kami di Kemboja. Beliau pernah belajar di Terengganu kemudian sambung belajar di Kuwait. Kini, beliau kembali ke Kemboja untuk menguruskan madrasah tahfiznya di sana. Beliau membina madrasah di kampung ini. Madrasah pertama di Kampung Stung Treng.