Akikah

Dari segi syara’ : Binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi.

Rasulullah SAW bersabda “setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan akikahnya yang disembelih untuknya pada hari ke-7 (daripada hari kelahirannya), dicukur rambutnya dan diberi nama” – riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan Ibnu Majah.

Disyariatkan oleh Rasulullah SAW “bayi tergadai dengan aqiqahnya.” – riwayat At-Tarmizi.

Sebagai tanda ibu bapa mensyukuri nikmat mendapat anak. Ianya juga sunnah Rasulullah SAW.

Sunat muakkad – sunat yang sangat-sangat dituntut. Jika tidak laksanakan amatlah rugi.

Yang terbaik untuk anak lelaki adalah 2 ekor kambing manakala untuk anak perempuan seekor kambing sahaja.

Hadis dari Siti Aisyah R.A “Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan akikah bayi lelaki 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bayi perempuan seekor kambing” – riwayat At-Tarmizi.

Dalam kes anak lelaki, akikah seekor kambing pun sah kerana Rasulullah SAW mengaqiqahkan cucu baginda Hasan & Husain dengan seekor kibasy – riwayat Abu Daud.”

Sebaiknya dilaksanakan pada hari ke 7 mengikut sunnah Rasulullah SAW atau 14 atau 21 atau selagi dia belum baligh.

Sunat daging aqiqah dimasak manis diambil sempena dengan manis@elok perangai anak nanti tetapi nak masak apa jua juadah pun boleh.

Selain akikah, disunatkan juga mencukur rambut dan memberi nama yang baik pada hari ke-7.

Boleh  kerana Rasulullah SAW sendiri mengaqiqahkan diri baginda selepas baginda diangkat menjadi rasul.

Boleh digunakan duit itu untuk keperluan bayi dan duit itu juga boleh digunakan oleh ibu dan ayahnya untuk melaksanakan akikah untuk anaknya.

Akikah hanya dilakukan sekali seumur hidup.

Boleh kerana Rasulullah SAW sendiri mengaqiqahkan cucu baginda iaitu Hasan & Husain kerana ingin membantu anaknya. Dengan tujuan ibu ayah kepada anak tersebut tidak berkemampuan lagi.

Harga bagi perlaksanaan Ibadah Akikah :

– Satu bahagian lembu RM300.00

– Satu ekor kambing RM580.00

– Satu ekor lembu RM2,100.00

Untuk bayaran Ibadah Akikah, seekor kambing, boleh klik button di bawah: