Fidyah

1. Apakah hukum Fidyah?
Wajib bagi mereka yang meninggalkan puasa dengan syarat tertentu.

2. Dalil hukum Fidyah?
Antaranya dalam Al-Baqarah ayat 184 bermaksud “(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari- hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

3. Bagaimana bayaran Fidyah?
Dengan makanan asasi beras atau nilai tunai setengah gantang gandum (RM3) + RM1 sebagai buffer.

4. Siapa penerima Fidyah?
Orang fakir dan miskin.

5. Siapa menguruskan bayaran Fidyah?
Diri sendiri atau mewakilkan kepada Pusat Zakat, Amil Zakat, individu, kumpulan atau NGO yang menguruskan agihan fidyah.

6. Bagaimana cara kiraan Fidyah?

RM4 x jumlah hari tertinggal puasa x jumlah gandaan tahun (bagi yang mampu)

Contohnya saya tinggalkan puasa 3 hari pada tahun 2015. Belum sempat qadha sehingga tiba puasa 2016 (satu tahun gandaan) dan tidak juga qadha sehingga tiba puasa tahun ini 2017 (dua tahun gandaan). Saya hanya habis qadha pada bulan lepas April 2018 sebelum puasa. Maka kiraanya:

RM4 x 3 hari x 2 tahun = RM24

Atau sekiranya saya benar-benar terbeban tidak mampu :

RM4 x 3 hari = RM12 sahaja

7. Bagaimana dengan orang sakit, meninggal, pregnant, menyusu dan sebagainya?

Ada beberapa kategori :

1. Wajib qadha dalam tahun pertama, jika tidak qadha juga baru kena bayar Fidyah

– Orang yang meninggalkan puasa kerana apa jua sebab termasuk haid dan sakit, dan yang meninggalkan puasa kerana kesihatan diri sendiri seperti ibu yang alahan mengandung.

2. Bayar Fidyah sahaja tak perlu qadha

– orang tua/sakit uzur tak mampu qadha, atau mereka yang dah meninggal

3. Kena bayar Fidyah dan kena qadha juga

– mereka yang tidak berpuasa kerana risaukan baby dalam kandungan, atau risaukan baby yang sedang menyusu badan.

Kredit kepada status FB : Tuan Wan Aiman

 

Sekiranya anda mempunyai masalah mengenai pengiraan bayaran fidyah, sila hubungi kami di :

018-2929 006 / 012-333 5615 (Ustaz Faizal)

In shaa Allah kami akan bantu anda menyelesaikan masalah yang membelenggu diri anda.

Jangan malu, jangan segan. Paling penting hutang anda selesai, hati jadi tenang.