Syarikat

Pengenalan

Kami menawarkan perkhidmatan pelaksanaan Ibadah Akikah Korban di luar negara seperti di Kemboja, Vietnam, Filipina, Thailand, Indonesia, Laos & Bangladesh. Ibadah Akikah Korban anda terlaksana dalam masa yang sama, kita dapat membantu umat Islam minoriti di negara tersebut untuk mendapatkan bantuan makanan.

Wakil kami di setiap negara merupakan di kalangan persatuan Islam, ketua kampung dan imam masjid. Selepas pelaksanaan Ibadah Akikah Korban, kami akan poskan Sijil Laporan kepada para peserta sebagai simpanan anda di masa akan datang. Sambil beribadah kita membantu mereka seiring dengan slogan kami iaitu ‘Together We Share’.

Pengalaman selama hampir lapan (8) tahun menguruskan pelaksanaan ini membuatkan kami yakin dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat para peserta. Ini merupakan amanah yang kami pikul bagi memastikan semua urusan berjalan dengan lancar dari mula sehinggalah selesai.

Sijil laporan Akikah Korban kebiasaannya akan kami poskan dalam masa sebulan selepas pelaksanaan ibadah tersebut. Sijil ini adalah rekod buat anda untuk rujukan kepada anak-anak atau anda sendiri.

Misi

Menjadi Peneraju Pelaksanaan Ibadah Akikah Korban Luar Negara.

Visi

Mendidik umat Islam di Malaysia untuk memahami lebih jelas mengenai Ibadah Akikah Korban dan mereka melaksanakannya atas dasar kesedaran dan kepentingan akan ibadah tersebut. Untuk tempoh masa jangka panjang, mereka yang betul-betul memahami pengertian Ibadah Akikah Korban ini dapat menyampaikannya pula kepada orang ramai.